Wednesday, 1 January 2014
maghrib dan melayu
Muadzin menyeru semua mengukuhkan tiang agama.
Hamba dunia dengan rendah hati menutup premis,
mat-mat rempit menongkat motor diperkarangan masjid,
yang kekurangan berhenti mengemis.
Mungkin itu imaginasi aku yang cuba bersangka baik.
Dari celahan cermin tingkap,
pekik lolong penjual ubat,
bayi merengek minta digendong,
ibu asyik membungkus sayur buat dilelong.
Mencari rezeki kata mereka.
2014 dan melayu dengan adegan pasar malam nya masih sama.
Maghrib pertama 2014, tetap serupa.
Wednesday, 25 December 2013
betina muda
jalangnya bukan pada legging semata.
Dibawah niqab, kadang juga tidak terpelihara.
Oh betina-betina muda,
Darah yang masih anak dara,
tetapi kulitmu enak-enak diratahkucup jantan yang entah siapa-siapa.
Oh betina-betina muda,
yang masih dilindung bawah doa ibu bapa.
Apa layakmu bercumbu mesra dibawah kelambu mahupun ditengah kota keramaian.
Cukuplah selingkuhan sama kertas dan pena.
Kau bakal rasa kepuasan yang sama atau mungkin lebih.
Tuhan, peliharakanlah kami dari nanah-nanah dosa.
Tuesday, 17 December 2013
Sejam sepuluh minit dimaki hamun
"tenenet..tenenet.." bunyi call masuk. Lebih kurang ah gitu bunyi dia.
Secara terpaksa,aku jawab call tu. Ye lah, mana ada butang answer. Call akan terus masuk. Pasai tu lah headset akan melekat kat kepala kau sepanjang hari kecuali time nak turun makan or pergi toilet. Boleh jugak ko nak bawak headset tu pergi toilett... *tangan dibahu*
"Thank you for calling ***. Hana speaking. How may I assist you." Nada sedikit happy sebab aku hope ni last customer before I end my shift today uollsss...
"Hi. I want to check why I cannot use my credit card. First, I've just increase the temporary credit limit. Second,I've called earlier to extend the time spending for the increase."
*untuk penggunaan credit card ni, aku malas nak explain banyak.Aku pun ambil masa nak faham.Untuk lebih pemahaman, pergilah apply credit card sendiri.*
"Okay sir, before that,can I make some simple verification please?"
Perbualan hambar itu diteruskan dengan verification yang jadi part of your life as csr. Every single call, kena buat veriification dengan customer. Tak rasa nak muntah ponnn...*sekali lagi tangan dibahu*
Baideweii,verification ni adalah proses tanya pasal details customer yang match dalam sistem untuk mengelakkan fraud. Dalam bahasa melayu....verifikasi? kot?
Call tu tak sampai 5 minit pon,upon checking all details, I was able to handle the customer. Cakap blablabla pasai pa kad dia tak boleh guna. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya bah terus di tengahari.
Customer tu omputeh dan secara tiada integritinya, beliau memaki hamun aku yang dah tak sampai seminit ni nak habis shift.
"wadefak?..hell..shit..korok mu...bewokk...stupid..are u making fun of me?"
Yaaa aulooo...cilake sungguh ini orang. Dia menyumpah seranah dalam english lah tapi. Perbualan kami yang tidak sweet ini berpanjangan...panjang...ngan...
Puas aku cari jawapan nak solve problem. Puas aku pusing office tanya orang. Sampailah customer tu tak puas hati juga dan nak cakap dengan manager. Dia punya menjerit ke telinga aku, memang kaw2 punya. Aku kena tarik headset ni jarakkan dari telinga. Cilake sungguh hari tu bila team aku semua dah balik. Cluster tu tingga aku sorang je that time.. :(
Ni lagi satu masalah. Manager busy nokk..aku kena offer callback from manager by that day and customer insist to talk to the manager by NOW ! I was like, duhh...tak faham bahasa punya omputeh. Aku hold call dia banyak kali sebab memang tak dapat nak escalate call tu kepada manager. Sampailah customer tu dah penat gamaknye, dia setuju untuk manager callback. By that time, call dah ONE HOUR ! Only with that smart aleck guy yang actually tak tahu apa-apa...puii..Siap ugut aku yang dia nak report polis. fak?
Aku pun buat-buat sedut hingus meleleh konon-konon nak bagi dia simpati sikit. Padahal aku tak rasa nak nangis pun, cuma aku nak balik sekarang lah brader.. Tapi that skill menjadi kot sebab customer tu terus minta maaf sebab marah-marah aku tadi dan dia cakap that was not my mistake but the previous agent didn't tell him properly. Aku pun macam "I'm so sorry sir for any inconvenience..." srootttt...*sedut hingus. Customer pun macam, "No need to say sorry.You are very patient. I'm so sorry for making such fuss.."
Sejam 10 minit kemudian, kami masing-masing meneruskan hidup yang tergendala. Aku tak tahu apa jadi dengan dia sekarang dan dia tak tahu yang aku dah berhenti kerja.
P/S: Amalkan tabiat buat2 pergi bilik ayor kalau lagi sepuluh minit nak habis shift. Ianya membantu.
Salam jari tengah untuk you kalau you baca and faham, my dear customer. Much love..xoxo.
Wednesday, 20 November 2013
Tiada alasan solid untuk berubah.
Pagi yang sunyi dan matahari yang merangkak keluar, keemasan. "Lena tidurnya?" Tegur Iman.
Aku mengangguk lemah sambil mengesat sisa-sisa tahi mata. Pada penjuru katil, tiga keping roti bakar, kaya dan sekotak susu coklat HL, terletak kemas didalam dulang. "Breakfastlah dulu. Mandi dan nanti saya hantar kamu pulang." Kata Iman separa mengarah sambil mengikat langsir tingkap. Silau matahari buat aku lebih cepat bertindak menghabiskan sarapan.
Usai makan dan mandi, aku menyarungkan kemeja T "Led Zeppelin" bundle milik Iman yang diberi tadi.
"Sorry. Saya tak sedar tadi malam."aku memulakan perbualan selepas 4 minit dalam kereta. "Lain kali nak mabuk-mabuk pun, janganlah sampai tidur tepi jalan. Kalau orang jahat dapat awak macam mana?"balas Iman layaknya seperti seorang abang. Aku membiarkan korus lagu "Jika Kau Rasa Getarnya" berdendang dicorong radio sebelum meneruskan perbualan.
"Awak orang jahat?"tanyaku bersahaja. "Kalau saya jahat, kenapa awak tak lari awal-awal tadi?"Iman menghabiskan ayatnya dengan tawa kecil yang menampakkan lesung pipit yang tidak dalam pada pipi kirinya. "Kalau tak jahat, kenapa boleh ada depan kelab tempat saya pengsan tadi malam? Tu tempat orang jahat macam saya je."soalan acah-acah tricky. "Saya baru habis shift kerja. Cari duit. Bukan berparti. Eh, mana saya nak hantar awak ni?"balasnya. "Turunkan saya depan tadika tu. Kawan saya kerja situ. Untunglah, cari duit nak kahwin." Aku cuba melanjutkan perbualan sambil mencuri pandang wajah Iman yang tak lekang dek senyuman.
Aku turun dari MyVi hitam dan sekali lagi mengucapkan terima kasih. "Lain kali jangan nak party sangat. Baju tu awak simpan je lah..."kata Iman. Aku menguntum senyum. "Baiknya mamat ni. Entah bila nak bagi contact number."Bisik aku dalam hati. "By the way, saya bukan cari duit nak kahwin ok. Next week majlis cukur jambul anak saya. Jemputlah datang. Rumah yang sama awak stay malam tadi. Bye. Jaga diri." Iman menghabiskan bicara dan MyVi hitamnya memecut. Aku menjadi kosong tiba-tiba.
"hey, kau ke mana semalam ha?" Tanya Diera yang menerjah aku dari gate tadika. "Clubbing jom malam ni."ajak aku. "Orite!"balas Diera seperti biasa.
Tuesday, 19 November 2013
Konon kuat.
"Hey perempuan kuat !"
Teriak hati angkuh.
Pada balik senyuman nya yang palsu,
lembah matanya yang kontang
di timpa bah saban malam.
Bantal empuk beradu tempat mengadu nasib malang saban malam bintang berpesta.
Ketawa riang bagi jenakamu, menjadi barah saat hati keliru tentang kita.
Diam kita dan tidak pernah mahu bercerita tentang apa itu cinta.
Dan pada jasad segar ini,
kian mereputlah hati dan perasaan.
Innalillah..
Wednesday, 24 July 2013
Only if
you know how much tears I have wasted,
when I hear your name, from her.
Only if,
you know how many times my heart broke,
when I hear her name, from you.
Only if,
you know how how hard I pray, to see you being hit by a train.
Saturday, 15 June 2013
Post sampah mengenai abang Suzan yang sampah juga.
"He's never told me about my brother." kata Suzan tiba-tiba.
"Kau ada abang? Kenapa aku tak pernah kenal?" Soal aku.
"Yes. Dia sulah lama tinggal ituuu sana..aiyaa...Brisbane. Ikut boss dia dulu olang putih, pelempuan minah saleh." Jawab Suzan dengan slang cina yang nokharom teruk.
"Kau tak pernah jumpa dia?" Soal aku lagi yang bertambah busybody.
"No lah. It's almost 20 years. He's never comeback." Jawab Suzan acuh tak acuh.
Patutlah minah ni tak pernah jumpa abang dia. Suzan baru berusia 16 tahun sudah biasa merokok dan berpakwe-kan seorang mat rempit kampung sebelah.
"Suzannnnn!!!!!"
Kedengaran satu jeritan sayu dari auntie Sue, bini uncle Liew. Oh, uncle Liew baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dipeluk erat foto zaman kanak-kanak abangnya Suzan. Terdapat lelehan saki baki air mata terakhir uncle Liew di pipi kanannya. Itu mungkin rindu yang terubat atau mungkin tidak. Itu mungkin hasilnya sebuah penantian satu panggilan telefon atau mungkin tidak.
Hingga kini, abang Suzan masih belum pulang. Khabar angin mengatakan, dia telah menjadi Drag Queen yang berjaya di Bangkok. Entah betul, entah tidak.
Maka, sayangilah ayahanda anda sementara beliau masih ada.
Sekian...Selamat hari bapa.
p/s: Ayah, bank in duit belanja please.
*Aku tak boleh tidur malam lately. Tu yang mengarut. Oh, abaikan sampah ini.*