Saturday, 17 May 2014

Bila rumah tempat kau berteduh sejuk macam musim salji.
Dingin dan kosong, sebab cuma ada dua jasad.
Rasa macam loser bila housemate bukak cerita cina sohsehsohseh.
Banyak benda tak setel dalam kepala kau sekarang ni.
Kepala macam nak pecah.
Air hidung mengalir laju macam air terjun Niagara.
Kau ambil hood belakang pintu.
Sarung, capai purse dan keluar.
Turun pergi kedai runcit.
Ngam-ngam beli coke sebotol dengan pil selsema.
Pergi wakaf paling hujung, lepak.
Baru kau sedar kau capai coke. Bukan air mineral.
Teguk coke, pil selsema simpan dulu.
Kepala sedikit ringan sebab hirup udara luar.
Walaupun tak berapa segar.
Kau sandar, dan kau rasa nyaman dalam gelap.
Rupanya kau cuma perlu sedikit masa untuk bersendiri.




Friday, 16 May 2014

I'm done

Bila someone yang selalu borak dengan kau once upon a time,
benci kau sekarang.
Bila rakan-rakan kau,
mula rapat dengan orang yang benci kau sekarang, yang selalu borak dengan kau once upon a time.
Bila kau tak lagi wujud bagi someone yang selalu borak dengan kau once upon a time yang benci kau sekarang.
Bila kau tak lagi wujud bagi rakan-rakan kau.
Mujur cuma someone yang selalu borak dengan kau once upon a time dan mujur cuma rakan-rakan kau.
Pedih dia memang tahap babi.
Tapi takdalah sampai murung nak kurung diri.
Seperti yang aku beritahu; mujur cuma.

I'm done.
I'm so DONE.

Wednesday, 7 May 2014

Ali punya mimpi


Semalam kau kata manusia yang paling inspiring seantero bima sakti ni jenguk kau dalam mimpi.
Sambil borak kosong, sekotak rokok dan sebotol Barbican.
Sisa masa yang kau habiskan bersama.
Terungkaplah perihal-perihal yang enak dibicarakan.
Seperti band paling mahal di dunia,
kisah dongeng Russia,
pendapatnya tentang hudud pada sudut pandang seorang atheis,
dan soal-soal rindu yang bullshit.

Butir kristal yang jatuh dari lembah matamu,
Menyimpulkan segala cerita.

Malam ini kau masih berharap mimpi yang sama,
"Aku akan jumpa ibu."



Saturday, 3 May 2014

Pada lewat keramaian manusia-manusia yang saling mengejar waktu.
Pada lelehan wap air luar botol kaca lutsinar.
Pada bayu hangat yang kurang sempurna.
Pada anak laki-laki dan perempuan yang mesra-mesra.
Pada hingar bingar hari biasa.

Pada sudut kedai kecil,
aku dengan coke vanilla,
dan bauan sisa kopi aismu lewat sore tadi.
Masih berbaki cinta.

KL Sentral//1225hrs

Monday, 28 April 2014

ikhlas tapi bohong

Kepercayaan aku masih utuh tentang kewujudan cinta,

Walau hero mati diakhir cerita,
Walau lirik sumbang merata,

Dan yang paling utama,
Walau kau sudah punya dia.

Cerita aku ikhlas.

Monday, 31 March 2014

lol

Kenapa kau malu manusia?
Malu berjalan sa-orang,
Dikata sepi, kau resah hati.
Dikata terlalu diam, dan malam mu tidak lena.
Dikata kanan, kau ikut saja.
Dikata sombong, kau lumpuhkan kakimu, lupakan dunia dan separuh mati dengan isi akal tumpahnya dari mulut-mulut MANUSIA biasa.

Mulut-mulut manusia juga tidak kenal ertinya lelah, 
tidak pernah tidur,
sepertinya ohh, Kuala Lumpur...

Habis lelah semua, mahu diikutkan kata manusia,
menjadi hamba, 
sedangkan dirimu punya pilihan sendiri.
Kerna tidak mahu nampaknya aneh,
diturut kata dari mulut MANUSIA-MANUSIA.
Yang pada hakikatnya,
kosong tidak bertanda.
Ibarat perigi tanpa air,
ditutup tiada guna,
dibuka, dilempar sampah.




Wednesday, 1 January 2014

maghrib dan melayu

Sayup kedengaran,
Muadzin menyeru semua mengukuhkan tiang agama.

Hamba dunia dengan rendah hati menutup premis,
mat-mat rempit menongkat motor diperkarangan masjid,
yang kekurangan berhenti mengemis.

Mungkin itu imaginasi aku yang cuba bersangka baik.
Dari celahan cermin tingkap,
pekik lolong penjual ubat,
bayi merengek minta digendong,
ibu asyik membungkus sayur buat dilelong.

Mencari rezeki kata mereka.

2014 dan melayu dengan adegan pasar malam nya masih sama.
Maghrib pertama 2014, tetap serupa.