Thursday, 10 January 2013

jangan pergi


Jangan pergi,
Mohon jangan ditinggal aku sendiri.
Jangan biar aku lemas dalam gelora sepi.
Jujur sakitnya rindu ini tidak terperi.

Kau melangkah laju tidak mampu ku kejar.
Bukan ku tidak mahu, tapi aku tidak mampu.
Jadi siapakah yang bakal mengganti dirimu?

Yang bakal menyeka air mataku,
Yang sanggup pinjamkan bahu,
Yang dodoikan aku dengan ritma puisi seperti sang bayi,
Yang faham peliknya aku,
Yang tidak lari saat semua orang memandang kejinya aku.

Aku mohon perlahankan langkahmu.
Aku campak ego aku untuk mengejarmu.
Aku endahkan lelah aku demi untuk menggapai tangan itu.
Sudah cukup aku tersiksa dengan hilangnya kau satu malam.

Jangan kau tambah deritanya aku,
Atau kau memang sengaja bermain dilohong hati?
Sekadar suka-suka? Tak guna !

Ucapkanlah yang jujur,
Supaya kita tidak lagi hanyut di tenggelam ombak pura-pura,
Supaya mampu untuk aku memberhentikan langkah.
Mengejar sesuatu yang belum pasti hari-hari depannya.

Tuesday, 8 January 2013

Warkah untuk Bonda



Bonda wanita paling hebat,
Bonda wanita paling kuat,
Bonda wanita paling sabar,
Bonda wanita paling jelita.
Terima kasih kerana izin aku mewarisi semua itu. (yg ni perasan lebih)

Kau masih ingat,
saat kau mendedangkan aku bermacam lagu, bermacam irama,
Agar anakmu yang banyak laku, tidur walau sekejap Cuma.

Kau masih ingat,
saat kau berjaga malam hanya untuk menarik selimut pada 3 pagi
Agar anakmu yang banyak laku ini tidak diselimuti kesejukan.
Agar membesar sihat, tidak tersungkur dijalan.

Tapi aku akan tetap ingat, bonda juga isteri yang setia.
Menongkat segala rasa, menahan keluhan, menyaka air mata,
 saat menjaga ayahanda yang suatu ketika tidak berupaya.

Saat itu,
Bondalah ibu.
Bondalah ayah.
Bondalah isteri setia.

Warkah buat ayahanda



Aku karang warkah buat ayahanda.
Walau buruk pandang pertama,
dia bisa menghurai segala yang terbuku di hati sang anak
yang amat merindui belai kasih ayahnya.

Terima kasih junjungan untuk kamu.
Terima seribu, sejuta kasih tiada terkira untuk segala keringat yang telah menyembah bumi,
Bagi berpatah tulang 4 kerat membesarkan anakmu.

Sejujurnya aku rindu raut wajahmu,
Walau gelap, itulah yang aku warisi.
Ketika ini, ingin aku congak segala garis kedut,
Mendengar keluh kesahmu hingga kini.

Ingin aku congak ubanmu yang banyaknya tak terperi,
Agar kita tidak sedar masa berlari saat kita menyemai rasa, berkongsi cerita.
Terbukti saat ini jiwa meronta ingin melutut sujud didepanmu,
Meminta kemaafan atas segala khilaf yang telah lama menguji kesabaranmu.

Kini kau buat aku sedar, ayahandalah jejaka paing penyabar.
Melayan karenah degil aku dari kecil sampai dewasa.
Tidak pernah sedikit pun lelah.

Walau pernah aku dengar kau menangis,
Kerna merasa tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.
Saat kau menderita penyakit yang menduga sabar.
Aku hanya mampu bersandar dibalik daun pintu,
Mengetap bibir menahan sedu melihat kamu dari genang ekor mata.

Thursday, 3 January 2013

Bob



Ada orang panggil dia awek,
Ada orang panggil dia kak,
Ada orang panggil dia adik,
Ada orang panggil dia sayang,
Ada orang panggil dia Bob.
Lakunya secebis kasar.
Tapi hatinya bak kapas.

P/s: Bob. Satu nama gurauan dari sahabat kerana aku pernah memainkan watak ini dalam drama kolej..haha..

Ketawa dengan teman



Hati terisi dengan gelak tawanya.
Ketawalah lagi.
Aku gemar melihat baris gigimu. Kekuningan.
Baris gusimu. Merah jambu.
Garis-garis kedut bibirmu. Beribu.
Inilah hasil berteman.
Kita buat kelakar. Kita ketawa terbahak-bahak.
Siapa mahu kisah?
Melihat baris bibirmu menyimpul senyum saja,
Sudah membina 1001 taman gembira rasa.

Tutup mata



Penat merenung bulan,
Orang tua itu bancuh kopi.
Ambil akhbar lalu dibaca.
Cerita-cerita duniawi yang agak hambar dilapik lapisan masa.
Dia tutup akhbar lalu di congak bintang.
Terasa muda.
Tapi itu perkara sia-sia.
Sama macam zaman mudanya.
Penat merenung, lalu dipejam matanya erat.
Sekejap sahaja niatnya.
Untuk menafsir buruj apa ada.
Sekejap..
Sekejap..
Sekejap..
Matanya tidak dibuka-buka…

Tutup mata



Penat merenung bulan,
Orang tua itu bancuh kopi.
Ambil akhbar lalu dibaca.
Cerita-cerita duniawi yang agak hambar dilapik lapisan masa.
Dia tutup akhbar lalu di congak bintang.
Terasa muda.
Tapi itu perkara sia-sia.
Sama macam zaman mudanya.
Penat merenung, lalu dipejam matanya erat.
Sekejap sahaja niatnya.
Untuk menafsir buruj apa ada.
Sekejap..
Sekejap..
Sekejap..
Matanya tidak dibuka-buka…