Aku buatkan kau ini. Satu sastera bagi arjuna perindu. Aku sisipkan diruang jendela.
Nanti bila tenang, kau buka dan baca. Ya?
Bila malam kau buka sisipan sastera itu. Maka terbanglah sepuluh pari-pari comel yang membawa
pelbagai warna dalam cahaya. Berdendanglah mereka.
Dendangan bukan dengan lagu cinta. Tetapi, irama yang kedengarannya bahagia.
Dialun dengan serunai dan gambus dari Syurga. Berterbanganlah fizikal nipis not-not bahagia.
Not-not membentuk zarah-zarah baru. Terbentuk satu jasad yang menghampiri sempurna.
Jasad yang aku namakan 'Aku'.
Kau tarik tangan Aku dengan tangan kanan kasarmu berlapikkan sehelai sutera yang Aku bawa. Bergelumang dengan melodi bahagia dari pari-pari, kita berlari ke satu sudut dan mula menari.
Walau langkah Aku pincang, kau tetap sabar memberi ajar.
Berdenting masa. Loceng menggoncang gegendang telinga. Dan sudah tiba hujungnya.
Aku pergi dan bercerai menjadi not-not tadi. Pari-pari bergegas menyusup ke sisipan sastera.
Membawa sekali kesemua cahaya gembira. Jika kau punya sayang, kau nampak, Aku sedang melambai sayu.
Tetapi, aku sempat menghulur tangan, mencampak sejenis rasa Rindu. Bersama sedikit Harapan.
Kedua-dua nya terus pipih melayang ke dasar hati kau yang paling terdalam. Dos nya Aku beri lebih. Kedua-duanya akan buat kau gian. Akan buat kau selalu ingin sastera ini datang menjengukmu.
Suatu hari nanti, bila kita sama-sama bersedia, Aku bawa sisipan sastera baru.
Juga memperbaharui rasa Rindu dan Harapan itu.
Thursday, 31 January 2013
Tolol
Tolol.
Tolol itu sebahagian dari cinta?
Kau yang mengajar dia.
Tolol itu tidak layak berdiri sendiri.
Jadi layaknya didamping dengan si buta, si tuli.
Yang hanya meraba satu jiwa.
Yang padanya kasih dia persembahkan paling agung.
Tiada siapa bisa meroboh paksi cinta yang dia bina.
Berkorban?
Itu perkara biasa.
Menunggu?
Itu rutin harian.
Memperhambakan diri?
Paling ikhlas dia lakukan.
Ini memang benar tolol.
Tolong.
Seseorang ragut dia dari mimpi sial itu.
Kala Twitter Overcapacity..
Saat bergurau senda dengan rakan-rakan dengan twitter lagi satu, tetibe pulak boleh overcapacity kann.. Ingatkan aku sorang. Rupanya semua ! Ciss ! Gelabah habislah. So, udah boring dengan selca, aku pon snap lah gambar ni dengan kamera henpon cap ayam aku. So, henpon yang nyawa kedua aku takde lah dalam gambar dibawah.. Saksikanlahhh..*buat suara dangdut Iwan*
Ini semua benda-benda perlu lagi wajib yang musti ada dalam beg keramat ni.
1) Beg keramat memuatkan laptop cap ayam yg kerap membunuh diri sendiri. (nak masuk 5 tahun berjasa:laptop)
2) Final draft thesis FYP senior sebagai rujukan. Atas ihsan Co-Sv, aku dapat mende ni free tak payah pulang..kehkeh..
3) Pencil case free kerana berbelanja melebihi RM10 di kedai runcit. Semuanya makanan ringan.
4) Kunci rumah.
5) Compact powder. Ini juga penting. Nanti orang boleh tersilap aku dengan Ratna Dewi A/P ehemm2..
6) Kalkulator. Kos aku tak guna sangat mende ni. Tapi untuk FYP, ianya benda ke dua penting selepas jiwa kental. Bulatan kecik putih belah kiri atas tu, acah-acah kamera..haha..kematangan zaman matrik..
7) Pemanis mulut. Mesti ada gula-gula. Tapi especially time ada kelas lah.
8) Notebook. Buku conteng. Buku kira-kira. Buku koyak-koyak sedekah kat orang. Semua dia.
9) Tisu. Penting untuk lap meja sebelum landing laptop. Biasanya meja kafe akan dihiasi dengan tumpahan lauk-pauk.
10) Earphone. Gila penting dalam kuliah. Seriously..
11) Purse. Ayah bagi aku time form 3 rasanya. Still tahan doe..
Wednesday, 30 January 2013
Keliru: mana silap aku?
Aku tidak pernah merasa kita sebegini jauh.
Bila siang menyingsing, malam berlabuh.
Aku tunggu bila kau mahu menyambut setiap sapaan halus aku.
Hingar. Bingar.
Yang dulu.
Aku mahu.
Kenapa sekarang hilang?
Mana silap aku.
Jangan biar aku lemas sendiri dalam lautan cemburu.
Jangan biar aku ditarik mati malaikat keliru.
Aku sedang keliru.
Tuesday, 29 January 2013
Satu perasaan jilaka
Mungkin tiada wujud jilaka dalam Kamus Dewan.
Tapi dia wujud dalam satu sudut hati aku paling gelap.
Dilimpah hujan tiap hari.
Petir datang mengetuk jendela setiap hari.
Kau tahu itu maknanya apa?
Oh, lupa.
Kau tak tahu apa-apa.
Yang kau belajar semenjak meniti dewasa ini cuma,
bergomol dengan aksara di alam maya.
Tiada pernah kau endah apa aku rasa.
Tiada pernah kau cakna apa fikir mereka.
Kau perlu belajar berkata-kata.
Bukan cuma menyusun aksara penuh benci secara membabi buta.
Kini hasilnya aku bergelut dengan celakanya jiwa.
Rasanya seperti luka basah dirembes cuka.
Sedikit perahan asam limau.
Garam secukup rasa.
Itu yang kau mahu kan?
Belum puas?
Aku izin kau pijak hati yang sudah luka parah tadi.
Dengan syarat, mari berdepan.
Meludah keji dimuka aku.
Bukan hanya membaling tahi dibalik pintu.
Percayalah. Percayalah.
Aku akan sayang kau sampai mati.
Aku harap kita kawan sampai mati.
Tapi kalau sudah begini?
Sunday, 27 January 2013
rindu beteii..
Rindu aku,
Pada makanan di rumah,
walaupun biskut kering,
masakan ibu,
jamban rumah,
langsir rumah,
jendela rumah,
bau-bauan dalam rumah,
kerusi dirumah,
gelak ketawa bikin gegar rumah,
seluruh pelusuk rumah.
Okay, MERAPU.
Tapi aku SERIUS.
Rindu beteiii...
Momen pagi buta
Mata ini tertangkap momen 1.46 pagi.
Pohon-pohon ibarat melambai.
Ke kiri, ke kanan.
Langsung tiada hadir harmoni.
Namun punya satu sentuhan damai.
Bayu pagi yang bekerja menghasilkan lambaian sejuta erti.
Tar yang asalnya hitam, tampaknya lebih legap.
Seakan menyorok dalam kelam pagi.
Menanti nasib dihenyak terik esok hari.
Ke langit aku toleh.
Bintang juga ibarat tidur sebalik kelam awan.
Kepul-kepul yang sepertinya ingin aku gapai dari cermin tingkap,
belum tentu mampu memaut awan.
Jadi aku terus memberi jelingan tajam.
Dingin lagi memeluk erat.
Ibarat sang kekasih yang tiada hangat.
Mencipta amaran supaya sedia menyarung cardigan hitam.
Ku turutkan kerna dinginnya sudah mula cuba mencubit tulang.
Sunyi.
Cuma irama enjin panas dan dengkuran yang mewarnai.
Hiburan dipagi buta.
1.56 pagi dan roda mula berputar berdikit-dikit.
Dan kian gigih setelah beristirehat beberapa minit.
Rompin ditinggal. Pekan dituju.
Jentera enam roda kian laju.
Aku dengar lagu dan mula beradu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




