Mungkin tiada wujud jilaka dalam Kamus Dewan.
Tapi dia wujud dalam satu sudut hati aku paling gelap.
Dilimpah hujan tiap hari.
Petir datang mengetuk jendela setiap hari.
Kau tahu itu maknanya apa?
Oh, lupa.
Kau tak tahu apa-apa.
Yang kau belajar semenjak meniti dewasa ini cuma,
bergomol dengan aksara di alam maya.
Tiada pernah kau endah apa aku rasa.
Tiada pernah kau cakna apa fikir mereka.
Kau perlu belajar berkata-kata.
Bukan cuma menyusun aksara penuh benci secara membabi buta.
Kini hasilnya aku bergelut dengan celakanya jiwa.
Rasanya seperti luka basah dirembes cuka.
Sedikit perahan asam limau.
Garam secukup rasa.
Itu yang kau mahu kan?
Belum puas?
Aku izin kau pijak hati yang sudah luka parah tadi.
Dengan syarat, mari berdepan.
Meludah keji dimuka aku.
Bukan hanya membaling tahi dibalik pintu.
Percayalah. Percayalah.
Aku akan sayang kau sampai mati.
Aku harap kita kawan sampai mati.
Tapi kalau sudah begini?
No comments:
Post a Comment