Wednesday 20 November 2013

Tiada alasan solid untuk berubah.

Pagi yang sunyi dan matahari yang merangkak keluar, keemasan. "Lena tidurnya?" Tegur Iman.
Aku mengangguk lemah sambil mengesat sisa-sisa tahi mata. Pada penjuru katil, tiga keping roti bakar, kaya dan sekotak susu coklat HL, terletak kemas didalam dulang. "Breakfastlah dulu. Mandi dan nanti saya hantar kamu pulang." Kata Iman separa mengarah sambil mengikat langsir tingkap. Silau matahari buat aku lebih cepat bertindak menghabiskan sarapan.

Usai makan dan mandi, aku menyarungkan kemeja T "Led Zeppelin" bundle milik Iman yang diberi tadi.
"Sorry. Saya tak sedar tadi malam."aku memulakan perbualan selepas 4 minit dalam kereta. "Lain kali nak mabuk-mabuk pun, janganlah sampai tidur tepi jalan. Kalau orang jahat dapat awak macam mana?"balas Iman layaknya seperti seorang abang. Aku membiarkan korus lagu "Jika Kau Rasa Getarnya" berdendang dicorong radio sebelum meneruskan perbualan.

"Awak orang jahat?"tanyaku bersahaja. "Kalau saya jahat, kenapa awak tak lari awal-awal tadi?"Iman menghabiskan ayatnya dengan tawa kecil yang menampakkan lesung pipit yang tidak dalam pada pipi kirinya. "Kalau tak jahat, kenapa boleh ada depan kelab tempat saya pengsan tadi malam? Tu tempat orang jahat macam saya je."soalan acah-acah tricky. "Saya baru habis shift kerja. Cari duit. Bukan berparti. Eh, mana saya nak hantar awak ni?"balasnya. "Turunkan saya depan tadika tu. Kawan saya kerja situ. Untunglah, cari duit nak kahwin." Aku cuba melanjutkan perbualan sambil mencuri pandang wajah Iman yang tak lekang dek senyuman.

Aku turun dari MyVi hitam dan sekali lagi mengucapkan terima kasih. "Lain kali jangan nak party sangat. Baju tu awak simpan je lah..."kata Iman. Aku menguntum senyum. "Baiknya mamat ni. Entah bila nak bagi contact number."Bisik aku dalam hati. "By the way, saya bukan cari duit nak kahwin ok. Next week majlis cukur jambul anak saya. Jemputlah datang. Rumah yang sama awak stay malam tadi. Bye. Jaga diri." Iman menghabiskan bicara dan MyVi hitamnya memecut. Aku menjadi kosong tiba-tiba.

"hey, kau ke mana semalam ha?" Tanya Diera yang menerjah aku dari gate tadika. "Clubbing jom malam ni."ajak aku. "Orite!"balas Diera seperti biasa.

Tuesday 19 November 2013

Konon kuat.

"Hey perempuan kuat !"

Teriak hati angkuh.

Pada balik senyuman nya yang palsu,
lembah matanya yang kontang
di timpa bah saban malam.
Bantal empuk beradu tempat mengadu nasib malang saban malam bintang berpesta.
Ketawa riang bagi jenakamu, menjadi barah saat hati keliru tentang kita.
Diam kita dan tidak pernah mahu bercerita tentang apa itu cinta.

Dan pada jasad segar ini,
kian mereputlah hati dan perasaan.

Innalillah..