Wednesday 25 December 2013

betina muda

Oh betina-betina muda,
jalangnya bukan pada legging semata.
Dibawah niqab, kadang juga tidak terpelihara.

Oh betina-betina muda,
Darah yang masih anak dara,
tetapi kulitmu enak-enak diratahkucup jantan yang entah siapa-siapa.

Oh betina-betina muda,
yang masih dilindung bawah doa ibu bapa.
Apa layakmu bercumbu mesra dibawah kelambu mahupun ditengah kota keramaian.
Cukuplah selingkuhan sama kertas dan pena.
Kau bakal rasa kepuasan yang sama atau mungkin lebih.

Tuhan, peliharakanlah kami dari nanah-nanah dosa.

Tuesday 17 December 2013

Sejam sepuluh minit dimaki hamun

Lagi 10 minit nak habis shift selalunya aku akan buat2 sakit perut dan ke bilik air sampailah shift aku tamat.  Untuk minggu ni, shift aku tamat jam 7.00 petang. Entah kenapa hari ni ada sedikit kesedaran untuk aku rasa lebih bertanggungjawab untuk habiskan shift aku dengan menunggu call masuk. Oh, baideweii, aku customer service representative (csr). Alaa...customer service yang selalu korang call bila penggunaan broadband korang dah sampai limit atau yang korang call astro untuk maki2 bila siaran terganggu time hujan. Yang tu lah. Tapi aku kerja dengan call centre bank dan handle bahagian credit card.

"tenenet..tenenet.." bunyi call masuk. Lebih kurang ah gitu bunyi dia.

Secara terpaksa,aku jawab call tu. Ye lah, mana ada butang answer. Call akan terus masuk. Pasai tu lah headset akan melekat kat kepala kau sepanjang hari kecuali time nak turun makan or pergi toilet. Boleh jugak ko nak bawak headset tu pergi toilett... *tangan dibahu*

"Thank you for calling ***. Hana speaking. How may I assist you." Nada sedikit happy sebab aku hope ni last customer before I end my shift today uollsss...

"Hi. I want to check why I cannot use my credit card. First, I've just increase the temporary credit limit. Second,I've called earlier to extend the time spending for the increase."

*untuk penggunaan credit card ni, aku malas nak explain banyak.Aku pun ambil masa nak faham.Untuk lebih pemahaman, pergilah apply credit card sendiri.*

"Okay sir,  before that,can I make some simple verification please?"

Perbualan hambar itu diteruskan dengan verification yang jadi part of your life as csr. Every single call, kena buat veriification dengan customer. Tak rasa nak muntah ponnn...*sekali lagi tangan dibahu*
Baideweii,verification ni adalah proses tanya pasal details customer yang match dalam sistem untuk mengelakkan fraud. Dalam bahasa melayu....verifikasi? kot?

Call tu tak sampai 5 minit pon,upon checking all  details, I was able to handle the customer. Cakap blablabla pasai pa kad dia tak boleh guna. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya bah terus di tengahari.

Customer tu omputeh dan secara tiada integritinya, beliau memaki hamun aku yang dah tak sampai seminit ni nak habis shift.

"wadefak?..hell..shit..korok mu...bewokk...stupid..are u making fun of me?"

Yaaa aulooo...cilake sungguh ini orang. Dia menyumpah seranah dalam english lah tapi. Perbualan kami yang tidak sweet ini berpanjangan...panjang...ngan...
Puas aku cari jawapan nak solve problem. Puas aku pusing office tanya orang. Sampailah customer tu tak puas hati juga dan nak cakap dengan manager. Dia punya menjerit ke telinga aku, memang kaw2 punya. Aku kena tarik headset ni jarakkan dari telinga. Cilake sungguh hari tu bila team aku semua dah balik. Cluster tu tingga aku sorang je that time..  :(

Ni lagi satu masalah. Manager busy nokk..aku kena offer callback from manager by that day and customer insist to talk to the manager by NOW ! I was like, duhh...tak faham bahasa punya omputeh. Aku hold call dia banyak kali sebab memang tak dapat nak escalate call tu kepada manager. Sampailah customer tu dah penat gamaknye, dia setuju untuk manager callback. By that time, call dah ONE HOUR ! Only with that smart aleck guy yang actually tak tahu apa-apa...puii..Siap ugut aku yang dia nak report polis. fak?

Aku pun buat-buat sedut hingus meleleh konon-konon nak bagi dia simpati sikit. Padahal aku tak rasa nak nangis pun, cuma aku nak balik sekarang lah brader.. Tapi that skill menjadi kot sebab customer tu terus minta maaf sebab marah-marah aku tadi dan dia cakap that was not my mistake but the previous agent didn't tell him  properly. Aku pun macam "I'm so sorry sir for any inconvenience..." srootttt...*sedut hingus. Customer pun macam, "No  need to say sorry.You are very patient. I'm so sorry for making such fuss.."

Sejam 10 minit kemudian, kami masing-masing meneruskan hidup yang tergendala. Aku tak tahu apa jadi dengan dia sekarang dan dia tak tahu yang aku dah berhenti kerja.

P/S: Amalkan tabiat buat2 pergi bilik ayor kalau lagi sepuluh minit nak habis shift. Ianya membantu.

Salam jari tengah untuk you kalau you baca and faham, my dear customer. Much love..xoxo.








































Wednesday 20 November 2013

Tiada alasan solid untuk berubah.

Pagi yang sunyi dan matahari yang merangkak keluar, keemasan. "Lena tidurnya?" Tegur Iman.
Aku mengangguk lemah sambil mengesat sisa-sisa tahi mata. Pada penjuru katil, tiga keping roti bakar, kaya dan sekotak susu coklat HL, terletak kemas didalam dulang. "Breakfastlah dulu. Mandi dan nanti saya hantar kamu pulang." Kata Iman separa mengarah sambil mengikat langsir tingkap. Silau matahari buat aku lebih cepat bertindak menghabiskan sarapan.

Usai makan dan mandi, aku menyarungkan kemeja T "Led Zeppelin" bundle milik Iman yang diberi tadi.
"Sorry. Saya tak sedar tadi malam."aku memulakan perbualan selepas 4 minit dalam kereta. "Lain kali nak mabuk-mabuk pun, janganlah sampai tidur tepi jalan. Kalau orang jahat dapat awak macam mana?"balas Iman layaknya seperti seorang abang. Aku membiarkan korus lagu "Jika Kau Rasa Getarnya" berdendang dicorong radio sebelum meneruskan perbualan.

"Awak orang jahat?"tanyaku bersahaja. "Kalau saya jahat, kenapa awak tak lari awal-awal tadi?"Iman menghabiskan ayatnya dengan tawa kecil yang menampakkan lesung pipit yang tidak dalam pada pipi kirinya. "Kalau tak jahat, kenapa boleh ada depan kelab tempat saya pengsan tadi malam? Tu tempat orang jahat macam saya je."soalan acah-acah tricky. "Saya baru habis shift kerja. Cari duit. Bukan berparti. Eh, mana saya nak hantar awak ni?"balasnya. "Turunkan saya depan tadika tu. Kawan saya kerja situ. Untunglah, cari duit nak kahwin." Aku cuba melanjutkan perbualan sambil mencuri pandang wajah Iman yang tak lekang dek senyuman.

Aku turun dari MyVi hitam dan sekali lagi mengucapkan terima kasih. "Lain kali jangan nak party sangat. Baju tu awak simpan je lah..."kata Iman. Aku menguntum senyum. "Baiknya mamat ni. Entah bila nak bagi contact number."Bisik aku dalam hati. "By the way, saya bukan cari duit nak kahwin ok. Next week majlis cukur jambul anak saya. Jemputlah datang. Rumah yang sama awak stay malam tadi. Bye. Jaga diri." Iman menghabiskan bicara dan MyVi hitamnya memecut. Aku menjadi kosong tiba-tiba.

"hey, kau ke mana semalam ha?" Tanya Diera yang menerjah aku dari gate tadika. "Clubbing jom malam ni."ajak aku. "Orite!"balas Diera seperti biasa.

Tuesday 19 November 2013

Konon kuat.

"Hey perempuan kuat !"

Teriak hati angkuh.

Pada balik senyuman nya yang palsu,
lembah matanya yang kontang
di timpa bah saban malam.
Bantal empuk beradu tempat mengadu nasib malang saban malam bintang berpesta.
Ketawa riang bagi jenakamu, menjadi barah saat hati keliru tentang kita.
Diam kita dan tidak pernah mahu bercerita tentang apa itu cinta.

Dan pada jasad segar ini,
kian mereputlah hati dan perasaan.

Innalillah..

Wednesday 24 July 2013

Only if

Only if,
you know how much tears I have wasted,
when I hear your name, from her.

Only if,
you know how many times my heart broke,
when I hear her name, from you.

Only if,
you know how how hard I pray, to see you being hit by a train.

Saturday 15 June 2013

Post sampah mengenai abang Suzan yang sampah juga.

Semalam uncle Liew semput. Hampir saja dikejarkan ke hospital. Dia menolak pelawaan aku mentah-mentah untuk hantar dia ke hospital. Dia kata tak payah susah-susah. Dia sihat lagi. Jangan nak memandai-mandai. Bercakap dengan nafas tercungap-cungap dan mata menjeling aku. Darah teruna aku seakan menggelegak menahan marah dengan sikap orang tua ini. Namun kerana hormat, aku sabar. Dengan muka kelat, aku ke serambi rumah uncle Liew dan...ya, anak muda biasa, merokok lah..apa lagi. Anak dara uncle Liew, juga merokok sama. Namanya Suzan. Sambil melentokkan kepala ke bahu kiri aku, Suzan bersuara.

"He's never told me about my brother." kata Suzan tiba-tiba.
"Kau ada abang? Kenapa aku tak pernah kenal?" Soal aku.
"Yes. Dia sulah lama tinggal ituuu sana..aiyaa...Brisbane. Ikut boss dia dulu olang putih, pelempuan minah saleh." Jawab Suzan dengan slang cina yang nokharom teruk.
"Kau tak pernah jumpa dia?" Soal aku lagi yang bertambah busybody.
"No lah. It's almost 20 years. He's never comeback." Jawab Suzan acuh tak acuh.

Patutlah minah ni tak pernah jumpa abang dia. Suzan baru berusia 16 tahun sudah biasa merokok dan berpakwe-kan seorang mat rempit kampung sebelah.

"Suzannnnn!!!!!"

Kedengaran satu jeritan sayu dari auntie Sue, bini uncle Liew. Oh, uncle Liew baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dipeluk erat foto zaman kanak-kanak abangnya Suzan. Terdapat lelehan saki baki air mata terakhir uncle Liew di pipi kanannya. Itu mungkin rindu yang terubat atau mungkin tidak. Itu mungkin hasilnya sebuah penantian satu panggilan telefon atau mungkin tidak.

Hingga kini, abang Suzan masih belum pulang. Khabar angin mengatakan, dia telah menjadi Drag Queen yang berjaya di Bangkok. Entah betul, entah tidak.
Maka, sayangilah ayahanda anda sementara beliau masih ada.

Sekian...Selamat hari bapa.

p/s: Ayah, bank in duit belanja please.

*Aku tak boleh tidur malam lately. Tu yang mengarut. Oh, abaikan sampah ini.*

Tuesday 4 June 2013

Kurang dari 14 hari.

Kita sudah tidak banyak masa !
Mari peluk erat-erat.
Biar rapat sampai tulang rusuk berlaga kiri kanan.
Sampai terhasil parut luka pada bahu yang kita genggam.
Supaya ini yang akan di ingat sampai mati.
Detik pertemuan kita yang bakal diragut kurang dari 14 hari.
Sedu sedan ini,
gelak tawa ini,
esak tangis ini,
muka jelik ini,
pekik lolong ini,
ingat sampai mati.
Kawan juga sampai mati.

Sunday 2 June 2013

Kematian

Semalam aku berselisih dengan kematian. Dia katakan, "Hai, kau bersedia?" Aku musykil dengan pertanyaan yang agak meremangkan bulu tengkuk. Jawapan aku mestilah belum. Tapi kenapa aku perlu berselisih dengan kematian? Kematian cuba mendekatkan badannya pada aku. Mendepakan tangan, dan aku melangkah tiga langkah ke belakang dengan pantas. "Jangan ! Kita bukan muhrim." Tegas aku. Kematian memandang ke atas dengan muka paling konfius. Aku cuba menarik nafas lega. Tapi semakin lama, semakin kencang degupan jantung yang aku rasakan. "Kenapa aku berdebar? Kau tak lah hensem mana? Tapi, kenapa aku berdebar ni?" Tanya aku penuh cemas kepada kematian. Kematian merenung mata aku seperti sedang merenung anak kecil. Dia senyum. Jelas lesung pipitnya di pipi kiri. " Aku tak tahu. Aku cuma mahu kau. Sudi atau tidak, aku mahu kau." Kematian mendepakan tangannya dan terus merangkul tubuh kecil molek aku dan dalam sekelip mata aku hilang dalam satu kegelapan yang lebih legap dari perigi buta di tengah malam. Sekarang aku disisi kematian. Dia rangkul aku erat. Makin lama makin erat dan makin ketat. Air mata kematian gugur. Begitu juga aku...Maaf Encik Syukri. Hari ni saya tak sempat masuk kerja. Juga hari-hari mendatang. Maaf ya.

Saturday 1 June 2013

Perasaan ini aku kuburkan. Pt. 2.

Aku tidak terlalu bodoh untuk mengelar tangan disebabkan rindu.
Tapi, tampak paling bodoh kalau aku terus merindu sosok yang tak pernah wujud dalam hidup aku.
Masih lagi aku sedang mengambus tanah pada perasaan yang aku kuburkan semalam.
Hujan lebat. Kerja jadi payah. Makan masa.

Haha...bodohnya yang ini. -__-

Thursday 30 May 2013

Perasaan ini aku kuburkan.

Kita takkan pernah kalah untuk berpaling muka.
Walau mata sudah bertentang mata,
tembok khayalan muncul tiba-tiba.
Walau dalam mimpi kita bersua,
takkan pernah betah untuk bicara.
Sepatah pun berat untuk kita ungkap,
apatah lagi bergurau senda.

Perasaan ini aku kuburkan,
kerana ianya cuma sia-sia,
pembaziran paling besar pernah aku tanggung,
untuk kehidupan yang sederhana.

R.I.P.
Mari move on.

gambar ehsan Tumblr

Monday 20 May 2013

Babi yang mahu dilahirkan semula.

Jamal putus cinta. Dia merasakan dirinya tidak lagi berguna. Dia mencapai sebatang Surya dan meneruskan pemanduan ke sebuah pantai yang dinamakan Air Plywood. Dengan niat untuk terjun laut dan mati dan dihidupkan semula sebagai Zayn Malek yang menjadi kegemaran gadis-gadis. Tapi, sebelum sempat bulu romanya menjamah air laut, Jamal mematikan hasratnya serta merta setelah melihat pantai tersebut dipenuhi dengan bai-babi terdampar yang putus cinta, putus harapan. Fikir Jamal, jika dia juga bunuh diri, adakah dia juga setaraf babi? Jamal memanaskan semula enjin kereta dan memandu ke apartmen nya semula lalu melupakan hasrat menjadi Zayn Malek. Apa yang Jamal tidak tahu, antara babi-babi tersebut, terselit bekas kekasihnya, Tasya yang ingin dilahirkan semula menjadi Miranda Kerr yang sering Jamal sebut-sebut sebelum perpisahan mereka.

Tuesday 16 April 2013

Sebab dia..


Sebab dia cintakan puisi,
dia gagahkan diri,
bermusafir ke lain negeri.
Sebab dia cintakan puisi,
sampai warga Indon yang ajar dia naik LRT.

Sebab dia cintakan puisi,
dia berdiri di Dataran Ipoh, cuba mendeklamasi.
Sebab dia cintakan puisi,
dia menyayangi jiwa-jiwa asing yang baru dikenali.

Sebab dia cintakan puisi,
dia mengorek rahsia diri sendiri.
Sebab dia cintakan puisi,
dia cuba memecahkan ruang yang sering membelenggu ketakutan diri.

Kalau lah cinta semudah ini, semudah itu ini, semudah ABC...
Semudah menghirup kopi...
Semudah mencaci maki...

ok, merapu..jadi?
Rinduuu...


Aman Jaya
Rumah Aiman
Khizanat
Gerai makan
Dataran Ipoh
Stesen KTM

Jumpa lagi..

Monday 1 April 2013

Rabak

Si jejaka menelefon dia malam tadi. Setelah tiga tahun menyepi. Ya, dia setia dengan Celcom 5 tahun sudah. Sebab itu si jejaka berjaya menelefon dia. Si jejaka berbicara penuh madah. Ayat lelaki tipikil untuk bekas teman wanita...yada..yada..yada..Dan dia bertanya..

"Kau baru break-up."-tanya dia ringkas.
"Yes I am. But, please.."-jawab si jejaka.

Dia menamatkan panggilan dan sambung tidur.

"Ding!"
Bunyi mesej masuk. Dari si jejaka tadi. Mesej yang berbunyi.

"Please, let me explain. I know we have something in common. At least something. Pleasee.."

Dia membuka cover belakang Samsung Galaxy "Muda" nya lalu dicabut bateri. Dia sambung tidur sambil menekup bantal ke muka. Dirasakan basah. Yang bermain difikirannya cuma, 

"Kalau ini ayat untuk tiga tahun lalu, mungkin masih boleh aku pertimbangkan. Tapi untuk sekarang, ianya cuma sampah paling kotor."

Dia tidur. Tapi Tuhan saja tahu kondisi dia sehingga dia bangun keesokannya memikirkan apa bakal terjadi jika dia memasang semula bateri ke telefon pintarnya.

Tamat.

Friday 29 March 2013

kontang

Senyap.
Dan idea kontang.
Kerana aku punya rasa.
Tapi tidak mahu dipaksa-paksa.
Itu saja.
3.07 a.m
bawah neon mati

Tuesday 26 March 2013

Benda kecil

Benda kecil yang letaknya dalam laci dan dikunci.
Itu hati aku.

Benda kecil yang bertebaran banyak tak terperi.
Itu kasih sayang.

Benda kecil yang paling aku suka.
Itu hati kamu.

Benda kecil yang makin menjauh.
Itu hati kita.

Bawah neon kecil.
27 Mac 2013
4.29 a.m

Saturday 23 March 2013

Refleksi 1

Pagi tadi aku bangun jam 9.09 pagi. Rasanya macam bangga. Sebab aku bukan morning person.

So, 9.09 pagi aku rasa dah morning gilalah !

Jadi, 9.10 pagi, aku terus capai buku latihan 60sen. Cek jadual. Sebab dah masuk minggu ke empat, aku dah terlepas empat kelas sebab lupa jadual. Ya, aku memang pelupa. Kawan-kawan pula bingai dia lain macam. Dah dalam kelas baru mesej tanya kat mana.

Sah ! Hari ni tiada kelas.

Aku bangkit dari katil jam 9.12 pagi, menuju ke tandas, panggilan semulajadi, menuju ke pantri. Cuci muka.

9.15 pagi aku duduk dekat meja belajar dengan bersepahnya MashaAllah. Aku biarkan. Aku on laptop. Sign In twitter. Selesai ucap "Selamat Pagi!", aku tenung lagi skrin. Aku mula join #TNJauh sebab malam tadi aku tidur awal. Tak. Aku tak tidur sebenarnya. Aku sambung baca IWeep dengan Rahsia2Pria.

Lepas tu aku tengok ramai manusia mula membanjiri garis masa. Tegur sana-sini. Aku pun jadi meroyan sebentar tak kenal diri. Maaf.

Dengan wifi yang menggila, dengan panas berdenting..sampai sekarang aku hidup siapkan esaimen esei Bahasa Melayu Ilmiah. Tak. Aku dah tolak tepi esaimen. Aku tengah meroyan di blog senyap-senyap supaya roomate aku tak sedar aku ada blog.

Wifi hari ni memang celakanya tahap abadi. Sekarang 12.51 tengahari. Dengan berbekalkan 3 keping roti bersadur mewah peanut butter chocolate stripes yang sedang aku hadam, aku merancang untuk tidur sekejap.

Konklusinya, fakyu wifi !

Tuesday 19 March 2013

kota

Bingit !
Bising !
Kuala pesat membangun.
Penduduk pesat berkerumun.
Sesak !
Padat !
Kuala kian padat.
Penghuni kian ramai.
Meratah sinar matahari pagi.
Bawah bumbung, sepi dalam ramai.
Diam dalam bising kota.
Perut bernyanyi girang.
Mata separa terbuka.
Kota penuh dosa.
                       
                 Stesen Bas Putra, Kuala Lumpur
16 Mac 2013
7.12 pagi

Wednesday 13 March 2013

cerita saja

"Ibu, ayah. Saya tak minat dengan apa yang saya belajar sekarang. Saya nak berhenti. Saya nak buat apa yang perlu. Saya nak cari duit dengan menjaja minat saya."

Kalau lah ini yang aku luahkan, agak-agak meletus tak perang dunia paling besar dalam sejarah?
10 weeks ahead for my Final Presentation of my Final Year Project.
Tapi aku macam tak tahu apa-apa yang aku kerjakan untuk 2 semester ni.
Aku macam tak dapat hadam apa yang lecturer duk gebang cerita kat bilik kuliah selama 6 semester.

Semester pertama: "Jurusan apa ni?"
Semester kedua: "Aku tak minat jurusan ni."
Semester ketiga: "Tak apa. Minat boleh dipupuk. Belajar dulu."
Semester keempat: "Kenapa tak datang lagi minat aku? Belajar je lah."
Semester kelima: "Masih ikut arus. Tapi tak tahu apa-apa. Biarlah. 2 sem lagi."
Semester keenam: "Apa aku buat 5 semester dulu? Tidur? Celaka!"

Orang kata "Shit happens." Tapi aku tak bolehlah nak samakan ritual menimba ilmu dengan 'shit'.
Merujuk kepada ayat pertama aku selepas dialog kat atas. 'Kalaulah'. Berhantu. Kalau aku mampu cakap benda yang sama awal-awal dulu, mungkin boleh lagi diterima dek akal. At least, aku boleh tukar jurusan dalam universiti yang sama. Atau masuk UiTM amek jurusan lain. Walaupun harus mengorbankan hangus satu semester pertama.

Cakap/taip memang lah senang kan. Tapi, aku tak pernah nak cuba. Aku cuma fikir 'fast track'. Matrikulasi tu 'fast track'. So, aku tak boleh lari dari trek. Follow the rule and you'll find the future.
FUTURE. Bukan sekadar kabur, legap aku tak mampu nampak.
Tinggal lagi separuh semester sebelum graduasi dan masih 'bencinta' dengan Final Year Project'.

"hey,takkan pernah terlambat kalau nak lari dari apa yang kau tak minat."

Memang lah takkan pernah terlambat. Tapi, consider lah sikit hati budi ibu ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dia ni.
Untuk semester lepas, pointer aku Alhamdulillah walaupun tak dekan tapi aku rasa kegembiraan ibu bila aku cerita pasal pointer aku. So, 10 minggu bukan lah masa yang panjang. Aku sebenarnya dah lambat gila.
Nak habiskan ini semua. Lepas tu, berusaha, berdoa, tawakkal. Sokongan anda amat dihargai. *iklan*

Thursday 7 March 2013

Berhenti

Kadang ada suara separa khayal yang berbisik,
"Berhentilah menulis."
Aku menulis bukan untuk sesiapa baca.
Cukup untuk hati aku bersuara.
Kalau dibiar bisu, lama-lama membusuk.

Tapi aku akan pertimbangkan cadangan itu.

Tuesday 5 March 2013

Random

Malam yang membosankan tahap gila babi ni. Aku skrol twidder pon takde apa yang menarik. So, just nak share some photos yang sooo 2012..kakaka..lantak ah ! :p
(edited by using pixlr-o-matic)






Jadi, siapa yang nak memimpin tangan saya ke syurga? :)

Monday 25 February 2013

Jatuhnya hati

Rasa celaka ini aku bawa jauh.
Ke satu dimensi yang membutakan celik.
Memekakkan bingit.
Mana jatuhnya hati aku?
Aku tidak tahu.
Perginya dengan indah kata yang hanya memesongkan jiwa.
Realitinya,
hati ini tidak ke mana.
Belum tercicir pada awak.
Tidak juga pada dia.
Belum masanya.
Belum.

Friday 22 February 2013

Malam tadi


Kau siapa?
   Aku Hana.
Hana apa?
   HanaHani.
Hani apa?
   Kau nak mati? Tanya diri sendiri macam ni?

Ya. Aku HanaHani. Langsung bukan nama sebenar.
Rasa celaka, sering aku gugurkan atas garis masa.
Biar orang benci. Agar aku tidur damai.
Tapi malam ni, celaka aku tak gugur semuanya.
Damai aku menyorok entah mana.

Tadi malam puncak segala.
Dimana, hati aku di injak oleh jiwa entah dari mana.
Ya. Aku takkan pernah lupa.
Mesra yang dulu kita bina.
Musnah dalam sekelip mata.
Ibarat dilenyek trektor.

Peliknya, salah aku dimana?

Monday 18 February 2013

Daya

Walau berdiri aku rasa mati,
walau menari aku rasa mati,
lalu menangis pun aku rasa mati.
Semangat aku sepertinya sudah ditari,
direntap oleh satu daya yang kuat.
Seluruh organ aku ibarat berderai.
Seluruh jasad aku ibarat lunyai.
Seperti roh sudah terbang pergi meninggalkan jasad.
Terpinga-pinga dalam mencari sendiri daya,
yang punya segala jawapan.

Monday 11 February 2013

Puisi sampah

Kalau kelibat aku hanya menyemakkan mata,
Kalau kelibat aku hanya ibarat sampah yang digonggong anjing,
Kalau kelibat aku hanya seperti tin kosong,
ditepi longkang, menunggu disepak terajang,
Kalau kelibat aku hanya hitam, kosong,
Kalau kelibat aku cuma buat marah kau melambung,
Kalau kelibat aku cuma bikin hingar-bingar,
Kalau kelibat aku tidak lagi menghiburkan,
Kalau kelibat aku cuma kini nampak picisan,
Kalau kelibat aku tidak lagi kau mahukan,

Kita masih tetap menjunjung jumantera yang sama.
Kau bisa meludah aku,
tapi tuhan maha tahu.

Tegur salah aku. Bimbing pada paksi yang benar.
Kita sama-sama marhaen.
Tidak perlu cacian.
Tapi lebih memerlukan pertolongan.
Ikhlas. Tapi ada batas.

*ini cuma kata-kata sampah*

Friday 8 February 2013

Jawapan

Fizikal ini pelaku dosa.
Jijik, hodoh,bodoh semua dia.
Tapi marhaen ini juga punya perasaan. 
Terhadap apa pun yang dilemparkan.
Walau disambut kemas,
sakitnya dia simpan.
Sorok dalam-dalam.

Yang dia perlu cuma satu.
jawapan bagi setiap tindakan.

Jawapan bagi setiap kekusutan
Jawapan bagi setiap kekeliruan.

Tuesday 5 February 2013

Api sama Air

Aku api.
Takkan pernah sempurna kolaborasi sama air.
Takkan pernah.
Tapi kalau kau airnya,
biar bikin aku mati sekalipun,
mati itu dalam kepuasan.
Kerna dapat bersama kamu,
walau sedetik pun.

*sempena selasa malam rabu time @kapasitor buat tema #Api dan #Air untuk #PuisiTwitter.*


Sunday 3 February 2013

Tak endah

Sakit juga ya,
tiap kali berlaku yang sama, 
kita macam tak mahu ambil cakna,
buat endah tak endah.
Seperti semuanya baik-baik saja.
Palat !

Saturday 2 February 2013

keliru

Maaf jika semua kataku buat kau terasa.
Maaf jika semua pekikku buat kau hampir tuli. 
Maaf jika jeritku buat kau menyampah dan langsung tidak mahu ambil peduli.

Aku sering berkata tentang keliru.
Malam ini aku dapat rasakan ertinya keliru. 
Merasakan dan memahami adalah dua benda yang amat beza.
Merasa itu lebih derita.
Lebih sakit.
Kerana kau tak tahu apa punca.
Kiri kanan atas bawah mencari tapi tak jumpa.
Aku dah serupa si gila.

Aku cuma mahu tahu penyebab aku rabak malam ini. 
2 pagi dan aku masih dikongkong dalam dimensi keliru.
Seperti terlampau sayang untuk melepaskan aku.


Friday 1 February 2013

The Yesterday Girl In Pink

She walk like a princess. 
With a pair of high heels, confidence and a precious dress. 
In pink. Narrow the idea, dusty pink. 
A pair of brown eyes.
Star smile.
Cloudy pink cheek.
A bouquet of.....pink roses.

Passing by 3 blocks.
In the dusk.
Total highlight of her day, she was alone.

Ignorance.
Nothing to be scared.
Nothing to be shared.
With the blasting music from the birds.
She passing the 4th block.

And it come to an end.
Or the beginning of another episode?
She found a heart.
Dusty pink.
With the most gorgeous smile she ever seen.
Total amazement.
She took it with...

*to be continue..maybe one day...*


Thursday 31 January 2013

Sisipan Sastera Untuk Arjuna Perindu

Aku buatkan kau ini. Satu sastera bagi arjuna perindu. Aku sisipkan diruang jendela.
Nanti bila tenang, kau buka dan baca. Ya?
Bila malam kau buka sisipan sastera itu. Maka terbanglah sepuluh pari-pari comel yang membawa
pelbagai warna dalam cahaya. Berdendanglah mereka.

Dendangan bukan dengan lagu cinta. Tetapi, irama yang kedengarannya bahagia.
Dialun dengan serunai dan gambus dari Syurga. Berterbanganlah fizikal nipis not-not bahagia.
Not-not membentuk zarah-zarah baru. Terbentuk satu jasad yang menghampiri sempurna.
Jasad yang aku namakan 'Aku'.

Kau tarik tangan Aku dengan tangan kanan kasarmu berlapikkan sehelai sutera yang Aku bawa. Bergelumang dengan melodi bahagia dari pari-pari, kita berlari ke satu sudut dan mula menari.
Walau langkah Aku pincang, kau tetap sabar memberi ajar.

Berdenting masa. Loceng menggoncang gegendang telinga. Dan sudah tiba hujungnya.
Aku pergi dan bercerai menjadi not-not tadi. Pari-pari bergegas menyusup ke sisipan sastera.
Membawa sekali kesemua cahaya gembira. Jika kau punya sayang, kau nampak, Aku sedang melambai sayu.
Tetapi, aku sempat menghulur tangan, mencampak sejenis rasa Rindu. Bersama sedikit Harapan.
Kedua-dua nya terus pipih melayang ke dasar hati kau yang paling terdalam. Dos nya Aku beri lebih. Kedua-duanya akan buat kau gian. Akan buat kau selalu ingin sastera ini datang menjengukmu.

Suatu hari nanti, bila kita sama-sama bersedia, Aku bawa sisipan sastera baru.
Juga memperbaharui rasa Rindu dan Harapan itu.



Tolol

Tolol.
Tolol itu sebahagian dari cinta?
Kau yang mengajar dia.
Tolol itu tidak layak berdiri sendiri.
Jadi layaknya didamping dengan si buta, si tuli.
Yang hanya meraba satu jiwa.
Yang padanya kasih dia persembahkan paling agung.
Tiada siapa bisa meroboh paksi cinta yang dia bina.
Berkorban? 
Itu perkara biasa.
Menunggu?
Itu rutin harian.
Memperhambakan diri?
Paling ikhlas dia lakukan.
Ini memang benar tolol.
Tolong.
Seseorang ragut dia dari mimpi sial itu.




Kala Twitter Overcapacity..

Saat bergurau senda dengan rakan-rakan dengan twitter lagi satu, tetibe pulak boleh overcapacity kann.. Ingatkan aku sorang. Rupanya semua ! Ciss ! Gelabah habislah. So, udah boring dengan selca, aku pon snap lah gambar ni dengan kamera henpon cap ayam aku. So, henpon yang nyawa kedua aku takde lah dalam gambar dibawah.. Saksikanlahhh..*buat suara dangdut Iwan*

Ini semua benda-benda perlu lagi wajib yang musti ada dalam beg keramat ni.

1) Beg keramat memuatkan laptop cap ayam yg kerap membunuh diri sendiri. (nak masuk 5 tahun berjasa:laptop)

2) Final draft thesis FYP senior sebagai rujukan. Atas ihsan Co-Sv, aku dapat mende ni free tak payah pulang..kehkeh..

3) Pencil case free kerana berbelanja melebihi RM10 di kedai runcit. Semuanya makanan ringan.

4) Kunci rumah.

5) Compact powder. Ini juga penting. Nanti orang boleh tersilap aku dengan Ratna Dewi A/P ehemm2..

6) Kalkulator. Kos aku tak guna sangat mende ni. Tapi untuk FYP, ianya benda ke dua penting selepas jiwa kental. Bulatan kecik putih belah kiri atas tu, acah-acah kamera..haha..kematangan zaman matrik..

7) Pemanis mulut. Mesti ada gula-gula. Tapi especially time ada kelas lah.

8) Notebook. Buku conteng. Buku kira-kira. Buku koyak-koyak sedekah kat orang. Semua dia.

9) Tisu. Penting untuk lap meja sebelum landing laptop. Biasanya meja kafe akan dihiasi dengan tumpahan lauk-pauk.

10) Earphone. Gila penting dalam kuliah. Seriously..

11) Purse. Ayah bagi aku time form 3 rasanya. Still tahan doe..

Wednesday 30 January 2013

Keliru: mana silap aku?

Aku tidak pernah merasa kita sebegini jauh.
Bila siang menyingsing, malam berlabuh.
Aku tunggu bila kau mahu menyambut setiap sapaan halus aku.

Hingar. Bingar.
Yang dulu.
Aku mahu.
Kenapa sekarang hilang?
Mana silap aku.

Jangan biar aku lemas sendiri dalam lautan cemburu.
Jangan biar aku ditarik mati malaikat keliru.
Aku sedang keliru.



Tuesday 29 January 2013

Satu perasaan jilaka

Mungkin tiada wujud jilaka dalam Kamus Dewan.
Tapi dia wujud dalam satu sudut hati aku paling gelap.
Dilimpah hujan tiap hari. 
Petir datang mengetuk jendela setiap hari.
Kau tahu itu maknanya apa?

Oh, lupa. 
Kau tak tahu apa-apa.
Yang kau belajar semenjak meniti dewasa ini cuma,
bergomol dengan aksara di alam maya.
Tiada pernah kau endah apa aku rasa.
Tiada pernah kau cakna apa fikir mereka.

Kau perlu belajar berkata-kata.
Bukan cuma menyusun aksara penuh benci secara membabi buta.

Kini hasilnya aku bergelut dengan celakanya jiwa.
Rasanya seperti luka basah dirembes cuka.
Sedikit perahan asam limau.
Garam secukup rasa.
Itu yang kau mahu kan?

Belum puas? 
Aku izin kau pijak hati yang sudah luka parah tadi.
Dengan syarat, mari berdepan.
Meludah keji dimuka aku.
Bukan hanya membaling tahi dibalik pintu.

Percayalah. Percayalah.
Aku akan sayang kau sampai mati.
Aku harap kita kawan sampai mati.
Tapi kalau sudah begini?






Sunday 27 January 2013

rindu beteii..

Rindu aku,
Pada makanan di rumah,
walaupun biskut kering,
masakan ibu,
jamban rumah,
langsir rumah,
jendela rumah,
bau-bauan dalam rumah,
kerusi dirumah,
gelak ketawa bikin gegar rumah,
seluruh pelusuk rumah.
Okay, MERAPU.
Tapi aku SERIUS.
Rindu beteiii...

Momen pagi buta

Mata ini tertangkap momen 1.46 pagi. 
Pohon-pohon ibarat melambai. 
Ke kiri, ke kanan. 
Langsung tiada hadir harmoni.
Namun punya satu sentuhan damai.
Bayu pagi yang bekerja menghasilkan lambaian sejuta erti.
Tar yang asalnya hitam, tampaknya lebih legap.
Seakan menyorok dalam kelam pagi.
Menanti nasib dihenyak terik esok hari.

Ke langit aku toleh.
Bintang juga ibarat tidur sebalik kelam awan.
Kepul-kepul yang sepertinya ingin aku gapai dari cermin tingkap,
belum tentu mampu memaut awan.
Jadi aku terus memberi jelingan tajam.

Dingin lagi memeluk erat.
Ibarat sang kekasih yang tiada hangat.
Mencipta amaran supaya sedia menyarung cardigan hitam.
Ku turutkan kerna dinginnya sudah mula cuba mencubit tulang.

Sunyi.
Cuma irama enjin panas dan dengkuran yang mewarnai.
Hiburan dipagi buta.
1.56 pagi dan roda mula berputar berdikit-dikit.
Dan kian gigih setelah beristirehat beberapa minit.
Rompin ditinggal. Pekan dituju.
Jentera enam roda kian laju.
Aku dengar lagu dan mula beradu.

Mengingat MATI

Assalamualaikum..
Yizlumik gittew..bagi salam tu sunat. Jawab salam tu wajib ye taulan.
Ini cuma satu pengalaman pendek yang aku flashback semula saat tunggu bas dekat MBKT, Terengganu
24 Jan 2013 lalu jam 12.01 tengahari. Aku selalu turun basten awal sebab taknak tergopoh-gapah kejar bas. Bas aku pukul 1 tengahari.
Masa duk menunggu, sambil baca Ketakutan, ada seorang tua lingkungan 70-an datang placing baekk punya sebelah aku. Aku diam je lah. Then, orang tua tu mula bersuara. Disebabkan aku yang kurang fasih berloghat Terengganu, I don't understengg sepatah haremm..Bukan aku gedik-gedik ayam tak faham. Tapi memang aku susah sikit nak faham. Especially, kalau bercakap dalam fon or orang tua yang cakap dengan aku. Lontaran suara kurang jelas mungkin..gittew..Then,apa yang aku dapat tangkap adalah..

"Mati..mati..mati..kita semua nanti mati jugok satu hari..anok mude la nii...
...krong kreng krong kreng....." 

Aku tak dapat tangkap dah lepas tu. Lima minit pertama aku layan je la. Orang berumur kan. Kita tak tahu dia sihat tak. Tapi aku tak dapat nak menyampuk untuk jadikan 2 way conversation sebab dia cakap laju gila dan kuat gila baq ang ! Aku mampu balas dengan senyum je. After 5 minutes, makin kuat pula dia ceramah aku. Orang duk pandang-pandang. Aku senyum lagi. But, mata dah padang buku.
Aduhh..maaf pakcik. Saya bukan taknak layan. Tapi tak mampu nak mencelah. Berulang kali dia sebut pasal pasal mati dan diselang-selikan dengan selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Dia siap tanya aku pasal nabi. Part ni aku sempat mencelah. Aku jawab je la apa yang aku tahu.
Pastu, lagi banyak dia 'beta'. Lagi banyak keluar hujah-hujah yang aku tak faham. Lama-lama aku diam membatu. Dia pun berlalu pergi sambil mulut masih terkumat-kamit. Aku percaya dia sihat. Tapi entahlah..Apa aku perlu rasa? Takut didatangi seorang yang begitu? Atau bersyukur datangnya seorang yang mengingatkan aku tentang MATI?


Tuesday 22 January 2013

....

Muncul kau bawa sinar.
Membara seluruh pelusuk hati.
Memberi juta-juta makna.
Aku lemas dalam pelukan takdir.
Kenapa dia tidak bisa menemukan kita?
Apa kau merasa begitu?
Pergi kau meranggut kebahagiaan. 
Meninggal aksara-aksara usang.
Bikin aku bingung.
Mata berpinar.
Temu jalan mati.

Rain

An umbrella.
Worn out jeans.
Black jersey. 
Simple cardigan.
And wet.
Climb to my knees.
To find.
To discover.
They want a new spot.
Every drop. Thousand says.
Now,
Sun is there.
Come out and bring new hope.
For us today.

*tumblr*

Sembuh

Satu saat dulu, 
jiwa, rasa-rasa,
terbungkam kerna pahit jelik takdir kita.
Berlalu pergi,
membawa sekali harapan-harapan senja.

Ayuh bangkit !
Bisik aku pada cermin.
Berlumurkan terang cahaya-cahaya.
Mungkin dibawa malaikat.
Bersama mencari bahagia. 
Yang indah-indah.
Mengumpul pahala-pahala percuma.
Lebih mudah dari bergenang air mata.
Sama-sama kita sembuh semula.



Monday 21 January 2013

Menunggu satu setengah

Menunggu satu setengah.
Aku mendengar bait-bait lirik Frank Sinatra.
Lalu terbayang saat kita berlari ke bulan.
Melodi bersama bintang-bintang.
Kita teroka semua lebuhraya.
Kita berdayung di sungai fantasi.
Kau buat aku terasa muda.
Kesal aku cuma sekuman.
Terlalu sikit untuk diugkit.
Mari terbang bersama aku.
Kenangan-kenangan lalu. :)


#np Fly Me to The Moon
#np I Won't Dance
#np Moon River
#np Come Fly With Me


Minggu-minggu.

Seminggu..
Tiada panggilan.
Tiada pesanan ringkas.
Yang aku baca cuma pesanan lepas-lepas.

Dua minggu..
Masih membaca.
Giat menunggu.
Dalam diam.
Bingit keliru.
Pekik yang bodoh.
Bodoh menanti.
Yang hilang.
Yang lepas.
Yang sudah tiada sayang.

Tiga minggu..
Sedia melepas.
Pergi kau jahanam dengan janji-janji dulu.
Pergi kau menari bersama luka-luka aku.
Dendam aku tiada.
Carut aku sudah mata kata.
Yang sudah dibiar berlalu.
Yang kosong ini biar diisi dengan cinta-cinta baru.


Infiniti

Biar resah aku digigit malam.
Sampai lengai aku menunggu siang.
Kau. Berdiri. Dan senyum.
Buat aku menggigil.
Resah-resah aku berkecamuk.
Amuk aku hilang.
Reda. Lemas dalam senyum.
Infiniti.
Aku cari kamu dalam infiniti.
Mimpi infiniti.
Gelora infiniti.
Senyummu juga infiniti.
Tiada rasa penat.
Tiada rasa kekok.
Otot-otot bekerja.
Membentuk selapis bahagia.
Untuk aku.
Untuk kamu.
Harap aku temu cinta kamu.
Dalam infiniti.


Thursday 17 January 2013

Separa Normal

Minda aku separa normal saat ini.
Jiwa juga sama.
Jiwa jam 6.30 pagi.
Tanpa tidur, tanpa gagal, ini yang aku cipta.
Dibuktikan disini.
Subuh menjelang setengah jam yang lalu.
Aku masih gagal melelap mata.
Memikir satu hal yang lama terbenam dalam jiwa.
Satu hal yang bisa melumpuhkan rasa-rasa lain aku terhadap jiwa-jiwa lain.
Satu hal yang bikin aku buntu.
Satu hal yang sering mengheret aku keluar dari normal.
Dari logika...
6.33 pagi..

Puisi Bundle Part 2


Orang Asing
Menikus konon mencari kebenaran.
Tangan disilang dibelakang.
Gagap biar ungkai segala.
Bisu. Biar laku bodohmu bicara.
Orang asing mewah.
Rakyat sendiri gundah.

Keris Bicara
Tunjukkan belang mana.
Rampas sakti.
Hunus senjata tumpul.
Biar asah kata-kata.
Mati dia terhunus keris bicara.

Bangkit kita untuk asing
Semangat kita siap-siap simpan.
Lipat. Kemas.
Bergerombolan sanjung.
Budaya yang bukan punya kita.
Bangkit kita untuk asing.
Usaha kita untuk asing.
Itu yang kita mahu?


Celaka
Panah tertusuk duri,
Kristal dicucuk kaca.
Naga dibaham tikus.
Tinggi dipandang rendah.
Musuh nampak mesra.
Taktik kotor penuh celaka.

Beradu
Beradu dalam mimpi,
Beradu dalam realiti.
Beradu tenaga.
Menegak nasib.
Biar nampak saja bodoh.
Jangan bodoh benar dibawa mati.

Juang
Sinis-sinis sang pemimpi,
Biar dipimpin melihat resahnya realiti.
Tepis laju dengki-dengki.
Naikkan bendera dengan satu misi.
Raikan semangat dengan satu visi.
Biar buku bertemu ruas.
Biar putih tulang diramas.
Jangan sampai putih mata ditindas.

Kukuh Niat
Rebah kujur kaku.
Putih pucat urat.
Gentar biar berlalu.
Semboyan biar kuat.
Mirip semangat yang satu.
Zahirkan kukuh niat.
Tepis resah kamu.
Menentang jijik kulat.
Buka mata mereka biar mereka tahu.
Berganding kita biar sampai titis darah dikesat.

Teriak
Teriak kuat sampai langit ke tujuh.
Biar gugur resah-resah dunia.
Biar musuh tahu siapa kita.

Gempur
Seka keringat kita.
Patah tulang 4 kerat.
Melaung membangkit semangat.
Juang-juang kita.
Gempur jangan gentar.
Buktikan anak jantan. Lindungi semua.

Puisi Bundle Part 1


Gua malas nak buat post banyak-banyak. So,gua compile dalam satu post. Kira bundle ah..haha.. :)

Bisik Jelik
Dibawa terbang dengan sepintasnya sepasang sayap merah.
Melakar jingga-jingga kelam.
Kelabu-kelabu malap.
Berbisik menghasut jelik dunia.

Menilai
Tidak semua jijik,
Tidak semua buruk.
Menilai dengan mata hati,
Bukan dengan kepala lutut.

Percaya Buta
Lambat-lambat biar aku sapu tangis malam.
Punca-punca kita cari punca rakus dunia.
Yang menelan lakar-lakar indah buana.
Membentuk percaya-percaya buta.

Generasi
Akal ditakuk lama.
Otak tidak diasah.
Baling najis, tangan sorok.
Satu hari lima kotak rokok.
Generasi kita.
Bina pecah. Runtuh suara.

Paksi Percaya
Berlalu melihat satu tafsir.
Gigil-gigil berani mati.
Terungkai atas satu paksi.
Di nama percaya.
Semua itu dalam hati.

Tuesday 15 January 2013

Tadah Hujan Peluru


Cahaya sebalik lohong.
Menagih simpati.
Matanya meminta tangan dihulur.
Merentap dari mimpi-mimpi.

Mimpi menadah hujan peluru buta.
Tidak kira siapa.
Kerna dia buta.
Sekilas tarik dia.
Sekilas ukir senyum.

Sudut hati aku menjerit separuh mati mahu.
Sayangnya belum mampu.
Berimbun doa aku titip bersama sayang.

Saudara jauh.
Indah bersaudara,
pertalian kita agama.
Sedia aku jentera.
Bisa kita tadah peluru bersama.

Luka dan Calar


Cuba kau putar kembali masa yang letakkan diminda.
Hamparkan helaian kanvas putih supaya paparannya jelas.
Mulakan tayangan dengan kali pertama kita bersua.

Berselisih mata.
Lidah beku. Mata senyum. Jantung terhenti.
Esoknya kau mula. Mengambil langkah pertama.
Dan hari-hari berikutnya siang aku bagai disyurga.
Malam tidak lagi sunyi dan kelam.
Sebaliknya penuh warna.
Kerna kamu lelaki yang telah aku pilih dan aku yakin itu.

Tapi,
Sedangkan tsunami yang pertama langsung tiada antara kita serata dunia menduga.
Begitulah ujiannya dalam masa perkenalan kita.
Duri itu datang dari jiwa dengki siapa.
Aku tidak tahu dan tidak mahu meneka.
Menembus terus dari hati ke jiwa.
Bayangkan parahnya.

Sayangnya, hatimu cuma calar.
Hatiku luka parah.
Duri dengki dari insan ketiga.
Menghasilkan parut yang masih basah.
Yang tiapnya aku melihat kau dan dia,
Darah mengalir tanpa henti.
Basah aku dengan darah kecewa.
Hatimu calar. Hatiku luka.

Berhentikan paparan itu.
Cuma untuk mengingatkan kamu semula,
Dulu kau lah lelaki yang pernah menjadi pilihan aku.
Yang pernah..

Saturday 12 January 2013

BUKAN PUISI

ini bukan puisi. kehkehkeh..

Sedar tak sedar dah masuk 24 jam kot aku tahan diri aku untuk melampiaskan nafsu menyusun 
aksara-aksara busuk aku dekat twitter menjadi puisi 20 sen...fuhhh..
penat baq ang menahan nafsu bila tangan dah selalu gatai nak meluah apa yang terbuku. 
Nahh..aku tulis ni pun macam nak berpuisi puiihh..
Sedar tak sedar juga, aku tak memalingkan nafsu aku untuk study. 
Malah cari sumber-sumber ilham baru untuk puisi..puiihh lagi sekali.. 
Hangus gitu je kan 24h aku.

Dan salah satu blog yang aku dok skrol-skrol adalah PYANHABIB . 
Banyak puisi yang berunsur patriotisme yang baru bagi aku walaupun dah menetap kat Malaysia 23 tahun tak pernah keluar..kahkah..Aku pun tak tahu siapa dia. Jangan tanya aku banyak. 
Mungkin dia orang terkenal, tapi aku tak kenal. 
So, jangan gelakkan aku lah. Nanti aku kaki kan kau.

Selain itu CHAIRIL ANWAR. Juga penyair.
Diperkenalkan seorang rakan yang lejen baq ang bab menggores kertas melakar rasa-rasa.
Salute bro. #brofist. eh?? Kahkah..
kbaii. :)

Friday 11 January 2013

Berhenti buat aku senyum

Berhenti buat aku senyum.
Aku tahu kau ikhlas.
Tapi tiap perilaku baikmu,
buat separuh jiwa aku pergi dengan kamu.
Ya, tanpa kamu sedar.
Luluh hati aku.

Untuk Dia Bijak Pandai

Perlukah aku menzahirkan segala rasa?
Perlukah aku beritahu tulisan ini tentang kamu?
Perlukah aku tulis 'sajak ini dari hati'?
Perlukah??
Kau sudah pandai menebak.
Kau memang bijak dalam hal-hal membaca jiwa-jiwa.
Jadi, apakah gunanya aku untuk memberi tahu semua yang aku rasa.
Jika kau mampu mengerti setiap aksara yang aku susun?
Ya. setiapnya punya makna.
Kau bijak. Kau ngerti.
Jujur aku kagum.
Jujur ini dari hati yang terdalam.
(tengok. aku kena beritahu juga. Damn!)

.

apa yang perlu aku buat?
hati aku tidak mahu duduk diam !
berlari ke sana. ke sini.
perlukah aku hamparkan landasan landai,
untuk aku berbaring dan menunggu saat dia berhenti buat perangai.
biarlah. biarlah..
biarlah luka lama yang basah kembali,
basah kembali, kering sendiri.
aku sudah tidak mahu ambil tahu.
lelah aku, penat aku, duka aku.
biarlah..

Ini Benar Rasa

Mungkin saat aku tulis ini,
aku sudah bersedia untuk melepaskan satu ruang kelam.
Lepas untuk sebentar cuma.
Atau selama-lamanya.

Tempat aku mencurah rasa.
berkongsi dengan keping-keping hati yang asing.

Mungkin dulu,
bait-bait aksara yang aku susun penuh dengan imaginasi liar.
Yang kerap datang tak kira siang.
tak kira malam.

Mungkin aku seorang yang penakut untuk meluahkan isi hati aku.
berkongsi pengalaman aku.

Namun kini,
aku lebih gemar menconteng apa yang aku rasa.
apa yang aku tahu,
apa yang aku butuh,
apa yang aku alami.
dengan keluarga, dengan teman-teman, dengan si dia, dengan tuhan.

Tapi aku belum berani membicarakan dengan dunia.
kerana aku belum mahir mencari kata ganti 
yang boleh menyamarkan erti dunia yang semakin lama diseliputi noda.

Biarlah bicaranya aku tentang linkungan kehidupan seharian.
Benar..
Benar.. 
Benar..
aku benar dalam berkongsi rasa.

Masakan tidak benar?
 Jika saat ini hati aku berkecamuk menyusun aksara.
Pernah juga suatu ketika,
kerana terlalu memendam luka,
jijik dan hina,
tangis aku tak dapat diseka saat menyusun aksara yang kian pincang.

Dan aku menangis lagi..
Terima kasih tidak terhingga pada yang punya angkara.
Terima kasih.

Thursday 10 January 2013

hari aku tanpa kamu


Kau bertanya tentang hari-hari aku,
Adakah tetap sama seperti dulu.
Aku menjawab penuh ceria,
Ianya sama seperti saat kita masih bersama.

Tapi adakah kau tahu,
Luka aku masih basah,
Masih bernanah dek kata-katamu di akhir mesra kita.
Kau takkan pernah tahu apa perempuan ini rasa.

Setiap hari aku bangkit dengan rasa sebak.
Walau kata-kata jelikmu hanya melintas diminda sedetik cuma.
Tapi pedihnya, aku tebak akan berkesan sampai bila-bila.

Kau fikir aku akan sembuh sendiri?
Kau fikir aku baik-baik tanpa kamu?
Adakah kau merasa yang sama tanpa aku disisi di setiap hari-harimu?

Jadi, inikah pengakhirannya?
Inikah yang terjadi kepada kita?
Aku sepertinya tidak mahu meneka. Aku tidak mahu hilang kamu.
Jika bukan kamu, tidak akan pernah ada orang lain yang memegang erat tapi lembut hati aku.

Cinta yang aku jumpa dalam jiwamu,
Tidak akan pernah aku jumpa dimana-mana,
Sampai nyawa berpisah dari jasad.
Kau tahanlah aku dari terus melangkah pergi.
Aku tidak tahan hidup dalam keperitan tanpa mendengar suaramu.

berpisah


Adakah menjadi lumrah manusia menahan sakitnya berpisah?
Adakah menjadi lumrah manusia menahan pedihnya ditinggal?
Atau hanya aku yang merasa begitu?
kenapa aku? kenapa bukan dia?
Kenapa gundah? Kenapa tidak gembira?

Kau hamparkan aku permaidani dikait dengan janji-janji kosong.
Kau hias aku dengan pakaian dikait dengan aksara cinta.
Kau mandikan aku dengan kata-kata bohong dan dusta.
Sudah puas bermadah bicara, kau pergi tinggalkan jiwa aku yang lara.
Yang sudah berlumut tebal dengan dendam.
Adakah ini lumrah manusia?

Maaf jika..



Maaf jika aku buat kau terluka.
Jujur aku tidak punya niat.
Maaf jika aku buat kau tunggu,
Jujur aku tidak punya niat.
Maaf jika aku buat kau lemas,
Aku tidak tahu kerana aku turut lemas.

Sesat Sekeping Jiwa



Suatu hari aku terjumpa,
Sekeping jiwa yang warna nya merah muda.
Cantik sekali fizikalnya sampai buat aku leka.
Aku letakkan di tempat yang istimewa.
Disebelah rak hati yang masih kosong.

Lalu aku pandang setiap hari.
Siang dan malam.
Hujan dan panas.
Suatu hari jiwa itu berbicara.
Mengeluarkan makna-makna yang buat seluruh buana diam.
Dan berfikir nilai-nilai didalam setiap makna.

Lahirnya dari jiwa itu rasa-rasa.
Membentuk pelangi dari zarah-zarah sekeliling.
Aku terpana untuk kesekian kalinya.
Setiap satu rasa punya tempat di rak hati aku.
Itu buat aku musykil.
Tapi selagi ianya membuah puing-puing gembira,
Selagi itu aku senyum.

Itulah kisah sekeping jiwa yang sesat didalam rimba hati aku yang sudah lama dibiar tanpa nyawa.