Puisi @hanahani3310 (Twitter)

Antara petikan-petikan puisi yang gua duk karang dekat twitter. Selalunya taip spontan ikot perkembangan temlen..Tapi ada juga yang di draf dulu. Saja berkongsi rasa dengan ayat-ayat cap ayam gua berharga doposen ni. :)
  • waktu mengajar kita bertahan dek cacian dan hinaan.mampukah kau bergelumang dengan luka,darah,nanah dilempar berkala?hanya waktu bisa rawat.
  • benci aku sebentar cuma,marah aku sebentar cuma,lelah aku sebentar cuma. aku harap kau pun begitu.bisa mengerti dan tak jemu mendengar aku.
  • dicelah angin malam, disebalik tabir ketenangan, diantara kelopak duka dan tangis, kau persembahkan aku satu puisi dengan nada luka.
  • lately, it's kinda awkward. me without you. it's kinda awkward.
  • diketuk kotak akalnya kuat. berderai isi. dikutip satu persatu. tiada perasaan. cuma cebisan permainan kata yang disulam jadi cinta.
  • create another spot. another space. for me to die with your love and praise. please.
  • everytime i ask, the same thing will come out. "nothing". tired already.
  • your harmonious giggles, paint colours. bring life. bring smile.

  • being dump by sick community, suicide is not the only way. always smile and be happy, it's one way keep your life stay.

  • i learn how to smile becuz of u.i learn how to laugh becuz of u.i learn how fix my heart becuz of u.but i still don't know how to move on..

  • aku sudah bilang, jangan suka menongkat langit. satu hari nanti kau tahu, kau tidak mampu.

  • mohon jangan pergi, sampai aku mati..

  • kau disebelah aku. menanti siang, menanti malam, menanti hujan, menanti cerah. penantian bukan lagi satu penyiksaan.

  • aku izin kau simpan damai itu sendiri.biar aku berdansa atas duri-duri khianat yang kau semai.biar masa menzahirkan apa yg aku rasa.kelak.

  • ketika ketemu perempuan itu, dia menyimpul senyum, melakar bait-bait kata. jalangnya disimpan di poket. akan guna nanti katanya. sialan.

  • perasaan bukan paksaan. paksaan bukan cuma satu jalan.

  • nyanyian sukma jangan dibiar kosong. hidupkan dengan candamu. hidupkan dengan deritamu. moga iya menjadi teduhan yang paling bernyawa.

  • bersandarkan pada dahan kepercayaan yang kian rapuh, dia mencari makna setia. cinta. ikhlas.

  • sebentar lagi matahari bakal bekerja. jari aku masih menari-nari. mata aku masih menjamah santapan. minda aku ke awangan.

  • sudah kebal dia dengan kata caci.kebalnya sehingga dia duduk di satu sudut.mengopi dan merokok sambil menadah telinga untuk semua kata hina.

  • Genit tak bererti lemah.

  • lintang pukang lari tak menjanjikan kau selamat.

  • aku tuna netra, tuna rungu, tuna wicara. tapi mengikut amatanku, aku belum tuna aksara. lalu ku cantum setiapnya biar jadi widya bernyawa.

  • janganlah terlampau asyik bermain-main di tebing hati milik insan lain. aku panjatkan doa agar kelak kau akan rasa deritanya dia.

  • kau kesatria kawi. setiapnya alunanmu mengukir senyum. mega pun ibarat melimpahkan cahaya. bibit cinta tak pernah lekang. hanyut dlm kelam.

  • renung jumantara.letakkn hatimu pd setiap titik bintang.biar aku congak sampai hilang daya.dari itu baru kau nilai siapa aku ini sebenarnya.

  • dibenakku cuma kamu. benakmu? izin aku tebak cuma dia..

  • penggores kertas. setiap candanya bak dewangga. penuh warna. penuh tawa. penuh nyawa.

  • setiap bada miliknya bagai punya variasi bahasa. bedanya cuma dia bisa bikin buana berehat seketika. mendengar butir2 kata dari bibirnya.

  • jentera propaganda alam maya sedikit mematangkan kita. tapi sedarlah yang realitinya kau harus keluar cari benteng ampuh, melawan dengki.

  • senyumnya berduka. tawanya hambar. keletahnya tidak ikhlas. aku juga runsing kawan. kenapa masa dulu harus ditelan waktu.
  • punya hati,tapi dibiar dikaki?kau tenggelam bersama halusinasi.jangan tarik tangan dia sekali. cukuplah kau sorang saja mati!

  • tak mudah menunggu sesuatu yang ibaratnya menunggu buah kelapa gugur dari pohon mempelam..

  • kata rindu, tapi dibelakang, kau madukan aku..

  • sudah ku kata. jangan dianggap syurga dibina utk mu seorang.

  • #rindu itu jadi saksi yang aku mati perlahan-lahan. hati kau tercalar. hatiku dikelar.

  • Lakunya secebis kasar. Tapi hatinya bak kapas.

  • letih berpegang pada satu aksara. mahu ku hancur jadi beribu.

  • pandangan setiapnya kita dengan bermacam cara. tapi interpretasi kita jangan tersasar jauh. jangan ingat syurga itu dibina hanya untuk kau.

  • kegembiraan menuntut pengorbanan. tatkala seorang teman mengungkit soal itu ini, aku hanya mampu mengukir satu senyum tawar. khas buatmu.

  • hari ini aku wakilkan jiwa aku untuk berbicara tentang soal duniawi, tentang soal manusia yang jalannya masih belum tentu hala.

  • setiap keluhanku tak bermakna lagi. jasadmu sudah tidak disini. hilang dalam satu lipatan ruang. di panggil-panggil. kau tetap hilang.

  • sebenarnya kau masih seperti dulu. tapi untuk jiwa lain. bukan aku..

  • aku #rindu kau yang dulu. yang mampu bisik ke telingaku satu persatu ayat yang ku mahu..

  • tiap detik #rindu dtg menjengah,tiap itulah ku hempas pintu tepat ke wajah halusinasimu.maaf,aku tidak gagah spt dulu.jiwaku mati untukmu.

  • kenyataannya musafir itu bersifat sabar. sejauh mana susuk tubuh insan digelar sayang itu, aku kejar. penuh sabar.

  • Melihat baris bibirmu menyimpul senyum saja, Sudah membina 1001 taman gembira rasa.

  • Keadaan lembap ini mengundang rasa untuk melakar, tanpa pena ku pejam mata. Berkongsi rasa pada lain ruang.

  • Tak kisah lah apa pun kau adanya, Romatis kau tetap aku punya.

  • kalau aku genotype,kau phenotype nya,kalau aku autosomal,kau sex-linked nya,kalau aku sire, kau dam nya.

  • aku tak penat pun menunggu. tapi kau. kau tak penat ke berlari. keringat tu. haisshh.. tak sanggup aku nak lapkan..

  • pernah kau singgah satu daerah? namaya sepi. penduduknya sunyi. dengan pen dan kertas,mereka hanyut melakar puisi. #puisitwitter



  • untuk ibu, cuma senyum dan aku pinjamkan telinga. dengar setiap nada katanya. itu aku rindu #puisitwitter

  • she's smiling brightly. deep inside, crying like hell.



No comments:

Post a Comment