Sunday 19 October 2014

Matamu terkatup rapat.
Rapat yang teramat.
Hingga leleh airmatamu berdesup laju.
Dan bila matamu menidakkan, disaat ia ke kiri dan ke kanan.
Lagu-lagu ballad yang kau ulang putar dari dua jam lepas,
cuma peluru-peluru kristal yang pelan-pelan mengambil posisi pada hatimu.
Derai-derai lantai hati yang jatuh satu persatu.
Bibirmu menggigil.
Bukan kerana sejuk.
Bukan kerana takut.
Tapi kerana penat.
Penat yang teramat.
Hingga nafasmu menjadi sesak.
Hingga tanah menjadi terhad membuatkan kau berdiri cuma sebelah kaki.
Begitulah, kau yang pada malam hari ini dan sebelumnya.
Sebelum aku, kau matikan.
Dan malammu cuma diteman cahaya bulan.

Sunday 7 September 2014

kau biar

Aku terus hanyut dalam sepotong senyummu.
Kau biar.
Aku lemas dalam bait-bait aksara yang nyamannya keluar dari lekuk bibirmu.
Kau biar.
Aku tenggelam dalam kolam perang matamu.
Kau biar.
Kerana aku terlampau selesa dengan situasi ini.
Kau biar,
kerana kewujudanku tidak kau sedari.

Sunday 22 June 2014

personal review CEO

assalamualaikum dan salam sejahtera ya akhi ya taulan habibi ya maulana. Awkward rasanya bila lama tidak menaip (tolak siap2 menaip di tuider mahupun setegrem). Tapi saya peduli apa.
Ceritanya siang tadi saya rasa amat bosan dirumah. Panas didalam, jerebu diluar. Ditambah pula dengan esok dah senin. Bercampur baur perasaan dalam hati ni. Tak senang buntut sebab esok dah kena mengadap kapitalis bangsat di pejabat. (Maaf, sedikit gasar. Tapi, sekali lagi saya tegaskan, peduli apa!).
Saya telah pun mengambil keputusan untuk merehatkan minda dan hati yang gusar dengan menonton wayang.

Lepas zohor, saya pun bersiap-siap, wangi-wangi, omey-omey, walaupun keluar sebagai seorang loner. Sampai saja di mid valley, saya terus ke gsc dan order quarter pounder. Ok, pergi beratur beli tiketlah, bang-ngang. (Bak kata aloy dalam CEO). Tanpa garu-garu, (ok, ragu-ragu), saya memilih untuk menonton CEO lakonan bekas kekasih saya, Beto Kusyairi.(klise bagi gadis-gadis malaya yang menganggap beto adalah bekas kekasih masing-masing..k)


Ini poster asal CEO sebelum saya replace muka Cristina Suzanne jadi muka saya dan dijadikan wallpaper PC..hehe..

Sebagai seorang yang gemar berterus-terang, jujur saya katakan storyline ini klise ibarat drama korporat samarinda !!

Tapi !!! Don't simply judge my review as above.. Jika anda gemarkan komedi, bekas kekasih saya, Cristina Suzanne mahupun rambut aloy, inilah ceritanya. Komedi yang disajikan amat kena dengan citarasa saya. Mereka mampu membuatkan saya tergelak sambil menendang-nendang kerusi depan walaupun saya datang seorang diri. (Hestek mudahterhibur)

Marilah saya memuntahkan sedikit sinopsis yang saya reka dari pengamatan menonton filem gelak tak kering gusi ini..hehe..

Kisah menyayat hati ini (saje je..) mengisahkan Sufian Abas (bekas kekasih saya) bekerja sebagai penghantar pizza yang mempunyai vespa dan Adam (abiang Remy Ishak) CEO syarikat yang mempunyai kereta berjenama mewah (kurang pasti jenama apa, mersedis if I'm not mistaken). Pada suatu hari yang suam-suam kuku, Abiang Adam telah dituduh berzina! Tidak, saya fitnah saja. Dia dituduh menyeleweng duit syarikat lalu ditamatkan perkhidmatannya serta merta. Padahal malam tadi baru propose awek dengan memberikan cincin permata didalam handbag berjenama. Tak pasti handbag ori atau beli di uptown. Almaklumlah, sekarang banyak barang fake seludup dari China.
Dalam sekelip atau dua tiga kelip mata hidupnya kosonggg...kosongggg.. Nothing.
Sufian Abas atau nama kampungannya Pian, yang datangnya dari mana, dilantik menjadi CEO kerana pakciknya yang baru meninggal dunia ada share saham dalam syarikat tu. So, Pian adalah saudara terdekat yang mewarisi kekayaan pakciknya. Padahal korang tak taw sebenarnya takda pun pemegang saham syarikat tu yang baru meninggal. Jeng..jeng..jeng..

Bermulalah scene-scene jakun abiang Pian dan rakan-rakan yang macam festaim masuk swimming pool dan scene-scene abiang Adam busking tepi jalan.



Scene abiang Pian dan rakan-rakan (aku kenal fasyali je) jakun. Menggunakan lif dalam rumah turun naik macam orang takde iman dah gila dia.



Scene Cristina Suzanne cakap, "cheq takda duit nak jamin hang tadi malam. Bank tutup. Puiihhh!!!" (Ok, saya sedikit fitnah)


Scene tembak menembak manja-manja. Muka terkejut sebab depa pi ceroboh masuk bilik Jalaludin pukui 1 pagi sebab nak main-main.


Scene Adam kena simbah ayaq dengan Aloy pasai dia kata suara Aloy tak sedap.


Scene saja saya letak. Tiada kena mengena dengan filem CEO. Tapi rasa kelakar..hehe..


Korang pi lah tengok tanda sokongan filem tempatan..cewahh..
Dalam filem ni korang boleh tengok bakat Cristina Suzanne main gendang gendut tali kecapi.
Kelakar siot gua tak tipu.

Ayuhlah menonton filem tempatan.

3.5/5 stars sebab klise (bagi saya)
4/5 stars sebab kelakar.
4.5/5stars sebab ada bekas kekasih saya dan Cristina Suzanne.



P/s: gambar ehsan google







Saturday 17 May 2014

Bila rumah tempat kau berteduh sejuk macam musim salji.
Dingin dan kosong, sebab cuma ada dua jasad.
Rasa macam loser bila housemate bukak cerita cina sohsehsohseh.
Banyak benda tak setel dalam kepala kau sekarang ni.
Kepala macam nak pecah.
Air hidung mengalir laju macam air terjun Niagara.
Kau ambil hood belakang pintu.
Sarung, capai purse dan keluar.
Turun pergi kedai runcit.
Ngam-ngam beli coke sebotol dengan pil selsema.
Pergi wakaf paling hujung, lepak.
Baru kau sedar kau capai coke. Bukan air mineral.
Teguk coke, pil selsema simpan dulu.
Kepala sedikit ringan sebab hirup udara luar.
Walaupun tak berapa segar.
Kau sandar, dan kau rasa nyaman dalam gelap.
Rupanya kau cuma perlu sedikit masa untuk bersendiri.




Friday 16 May 2014

I'm done

Bila someone yang selalu borak dengan kau once upon a time,
benci kau sekarang.
Bila rakan-rakan kau,
mula rapat dengan orang yang benci kau sekarang, yang selalu borak dengan kau once upon a time.
Bila kau tak lagi wujud bagi someone yang selalu borak dengan kau once upon a time yang benci kau sekarang.
Bila kau tak lagi wujud bagi rakan-rakan kau.
Mujur cuma someone yang selalu borak dengan kau once upon a time dan mujur cuma rakan-rakan kau.
Pedih dia memang tahap babi.
Tapi takdalah sampai murung nak kurung diri.
Seperti yang aku beritahu; mujur cuma.

I'm done.
I'm so DONE.

Wednesday 7 May 2014

Ali punya mimpi


Semalam kau kata manusia yang paling inspiring seantero bima sakti ni jenguk kau dalam mimpi.
Sambil borak kosong, sekotak rokok dan sebotol Barbican.
Sisa masa yang kau habiskan bersama.
Terungkaplah perihal-perihal yang enak dibicarakan.
Seperti band paling mahal di dunia,
kisah dongeng Russia,
pendapatnya tentang hudud pada sudut pandang seorang atheis,
dan soal-soal rindu yang bullshit.

Butir kristal yang jatuh dari lembah matamu,
Menyimpulkan segala cerita.

Malam ini kau masih berharap mimpi yang sama,
"Aku akan jumpa ibu."



Saturday 3 May 2014

Pada lewat keramaian manusia-manusia yang saling mengejar waktu.
Pada lelehan wap air luar botol kaca lutsinar.
Pada bayu hangat yang kurang sempurna.
Pada anak laki-laki dan perempuan yang mesra-mesra.
Pada hingar bingar hari biasa.

Pada sudut kedai kecil,
aku dengan coke vanilla,
dan bauan sisa kopi aismu lewat sore tadi.
Masih berbaki cinta.

KL Sentral//1225hrs

Monday 28 April 2014

ikhlas tapi bohong

Kepercayaan aku masih utuh tentang kewujudan cinta,

Walau hero mati diakhir cerita,
Walau lirik sumbang merata,

Dan yang paling utama,
Walau kau sudah punya dia.

Cerita aku ikhlas.

Monday 31 March 2014

lol

Kenapa kau malu manusia?
Malu berjalan sa-orang,
Dikata sepi, kau resah hati.
Dikata terlalu diam, dan malam mu tidak lena.
Dikata kanan, kau ikut saja.
Dikata sombong, kau lumpuhkan kakimu, lupakan dunia dan separuh mati dengan isi akal tumpahnya dari mulut-mulut MANUSIA biasa.

Mulut-mulut manusia juga tidak kenal ertinya lelah, 
tidak pernah tidur,
sepertinya ohh, Kuala Lumpur...

Habis lelah semua, mahu diikutkan kata manusia,
menjadi hamba, 
sedangkan dirimu punya pilihan sendiri.
Kerna tidak mahu nampaknya aneh,
diturut kata dari mulut MANUSIA-MANUSIA.
Yang pada hakikatnya,
kosong tidak bertanda.
Ibarat perigi tanpa air,
ditutup tiada guna,
dibuka, dilempar sampah.




Wednesday 1 January 2014

maghrib dan melayu

Sayup kedengaran,
Muadzin menyeru semua mengukuhkan tiang agama.

Hamba dunia dengan rendah hati menutup premis,
mat-mat rempit menongkat motor diperkarangan masjid,
yang kekurangan berhenti mengemis.

Mungkin itu imaginasi aku yang cuba bersangka baik.
Dari celahan cermin tingkap,
pekik lolong penjual ubat,
bayi merengek minta digendong,
ibu asyik membungkus sayur buat dilelong.

Mencari rezeki kata mereka.

2014 dan melayu dengan adegan pasar malam nya masih sama.
Maghrib pertama 2014, tetap serupa.