Thursday 31 January 2013

Sisipan Sastera Untuk Arjuna Perindu

Aku buatkan kau ini. Satu sastera bagi arjuna perindu. Aku sisipkan diruang jendela.
Nanti bila tenang, kau buka dan baca. Ya?
Bila malam kau buka sisipan sastera itu. Maka terbanglah sepuluh pari-pari comel yang membawa
pelbagai warna dalam cahaya. Berdendanglah mereka.

Dendangan bukan dengan lagu cinta. Tetapi, irama yang kedengarannya bahagia.
Dialun dengan serunai dan gambus dari Syurga. Berterbanganlah fizikal nipis not-not bahagia.
Not-not membentuk zarah-zarah baru. Terbentuk satu jasad yang menghampiri sempurna.
Jasad yang aku namakan 'Aku'.

Kau tarik tangan Aku dengan tangan kanan kasarmu berlapikkan sehelai sutera yang Aku bawa. Bergelumang dengan melodi bahagia dari pari-pari, kita berlari ke satu sudut dan mula menari.
Walau langkah Aku pincang, kau tetap sabar memberi ajar.

Berdenting masa. Loceng menggoncang gegendang telinga. Dan sudah tiba hujungnya.
Aku pergi dan bercerai menjadi not-not tadi. Pari-pari bergegas menyusup ke sisipan sastera.
Membawa sekali kesemua cahaya gembira. Jika kau punya sayang, kau nampak, Aku sedang melambai sayu.
Tetapi, aku sempat menghulur tangan, mencampak sejenis rasa Rindu. Bersama sedikit Harapan.
Kedua-dua nya terus pipih melayang ke dasar hati kau yang paling terdalam. Dos nya Aku beri lebih. Kedua-duanya akan buat kau gian. Akan buat kau selalu ingin sastera ini datang menjengukmu.

Suatu hari nanti, bila kita sama-sama bersedia, Aku bawa sisipan sastera baru.
Juga memperbaharui rasa Rindu dan Harapan itu.



Tolol

Tolol.
Tolol itu sebahagian dari cinta?
Kau yang mengajar dia.
Tolol itu tidak layak berdiri sendiri.
Jadi layaknya didamping dengan si buta, si tuli.
Yang hanya meraba satu jiwa.
Yang padanya kasih dia persembahkan paling agung.
Tiada siapa bisa meroboh paksi cinta yang dia bina.
Berkorban? 
Itu perkara biasa.
Menunggu?
Itu rutin harian.
Memperhambakan diri?
Paling ikhlas dia lakukan.
Ini memang benar tolol.
Tolong.
Seseorang ragut dia dari mimpi sial itu.




Kala Twitter Overcapacity..

Saat bergurau senda dengan rakan-rakan dengan twitter lagi satu, tetibe pulak boleh overcapacity kann.. Ingatkan aku sorang. Rupanya semua ! Ciss ! Gelabah habislah. So, udah boring dengan selca, aku pon snap lah gambar ni dengan kamera henpon cap ayam aku. So, henpon yang nyawa kedua aku takde lah dalam gambar dibawah.. Saksikanlahhh..*buat suara dangdut Iwan*

Ini semua benda-benda perlu lagi wajib yang musti ada dalam beg keramat ni.

1) Beg keramat memuatkan laptop cap ayam yg kerap membunuh diri sendiri. (nak masuk 5 tahun berjasa:laptop)

2) Final draft thesis FYP senior sebagai rujukan. Atas ihsan Co-Sv, aku dapat mende ni free tak payah pulang..kehkeh..

3) Pencil case free kerana berbelanja melebihi RM10 di kedai runcit. Semuanya makanan ringan.

4) Kunci rumah.

5) Compact powder. Ini juga penting. Nanti orang boleh tersilap aku dengan Ratna Dewi A/P ehemm2..

6) Kalkulator. Kos aku tak guna sangat mende ni. Tapi untuk FYP, ianya benda ke dua penting selepas jiwa kental. Bulatan kecik putih belah kiri atas tu, acah-acah kamera..haha..kematangan zaman matrik..

7) Pemanis mulut. Mesti ada gula-gula. Tapi especially time ada kelas lah.

8) Notebook. Buku conteng. Buku kira-kira. Buku koyak-koyak sedekah kat orang. Semua dia.

9) Tisu. Penting untuk lap meja sebelum landing laptop. Biasanya meja kafe akan dihiasi dengan tumpahan lauk-pauk.

10) Earphone. Gila penting dalam kuliah. Seriously..

11) Purse. Ayah bagi aku time form 3 rasanya. Still tahan doe..

Wednesday 30 January 2013

Keliru: mana silap aku?

Aku tidak pernah merasa kita sebegini jauh.
Bila siang menyingsing, malam berlabuh.
Aku tunggu bila kau mahu menyambut setiap sapaan halus aku.

Hingar. Bingar.
Yang dulu.
Aku mahu.
Kenapa sekarang hilang?
Mana silap aku.

Jangan biar aku lemas sendiri dalam lautan cemburu.
Jangan biar aku ditarik mati malaikat keliru.
Aku sedang keliru.



Tuesday 29 January 2013

Satu perasaan jilaka

Mungkin tiada wujud jilaka dalam Kamus Dewan.
Tapi dia wujud dalam satu sudut hati aku paling gelap.
Dilimpah hujan tiap hari. 
Petir datang mengetuk jendela setiap hari.
Kau tahu itu maknanya apa?

Oh, lupa. 
Kau tak tahu apa-apa.
Yang kau belajar semenjak meniti dewasa ini cuma,
bergomol dengan aksara di alam maya.
Tiada pernah kau endah apa aku rasa.
Tiada pernah kau cakna apa fikir mereka.

Kau perlu belajar berkata-kata.
Bukan cuma menyusun aksara penuh benci secara membabi buta.

Kini hasilnya aku bergelut dengan celakanya jiwa.
Rasanya seperti luka basah dirembes cuka.
Sedikit perahan asam limau.
Garam secukup rasa.
Itu yang kau mahu kan?

Belum puas? 
Aku izin kau pijak hati yang sudah luka parah tadi.
Dengan syarat, mari berdepan.
Meludah keji dimuka aku.
Bukan hanya membaling tahi dibalik pintu.

Percayalah. Percayalah.
Aku akan sayang kau sampai mati.
Aku harap kita kawan sampai mati.
Tapi kalau sudah begini?






Sunday 27 January 2013

rindu beteii..

Rindu aku,
Pada makanan di rumah,
walaupun biskut kering,
masakan ibu,
jamban rumah,
langsir rumah,
jendela rumah,
bau-bauan dalam rumah,
kerusi dirumah,
gelak ketawa bikin gegar rumah,
seluruh pelusuk rumah.
Okay, MERAPU.
Tapi aku SERIUS.
Rindu beteiii...

Momen pagi buta

Mata ini tertangkap momen 1.46 pagi. 
Pohon-pohon ibarat melambai. 
Ke kiri, ke kanan. 
Langsung tiada hadir harmoni.
Namun punya satu sentuhan damai.
Bayu pagi yang bekerja menghasilkan lambaian sejuta erti.
Tar yang asalnya hitam, tampaknya lebih legap.
Seakan menyorok dalam kelam pagi.
Menanti nasib dihenyak terik esok hari.

Ke langit aku toleh.
Bintang juga ibarat tidur sebalik kelam awan.
Kepul-kepul yang sepertinya ingin aku gapai dari cermin tingkap,
belum tentu mampu memaut awan.
Jadi aku terus memberi jelingan tajam.

Dingin lagi memeluk erat.
Ibarat sang kekasih yang tiada hangat.
Mencipta amaran supaya sedia menyarung cardigan hitam.
Ku turutkan kerna dinginnya sudah mula cuba mencubit tulang.

Sunyi.
Cuma irama enjin panas dan dengkuran yang mewarnai.
Hiburan dipagi buta.
1.56 pagi dan roda mula berputar berdikit-dikit.
Dan kian gigih setelah beristirehat beberapa minit.
Rompin ditinggal. Pekan dituju.
Jentera enam roda kian laju.
Aku dengar lagu dan mula beradu.

Mengingat MATI

Assalamualaikum..
Yizlumik gittew..bagi salam tu sunat. Jawab salam tu wajib ye taulan.
Ini cuma satu pengalaman pendek yang aku flashback semula saat tunggu bas dekat MBKT, Terengganu
24 Jan 2013 lalu jam 12.01 tengahari. Aku selalu turun basten awal sebab taknak tergopoh-gapah kejar bas. Bas aku pukul 1 tengahari.
Masa duk menunggu, sambil baca Ketakutan, ada seorang tua lingkungan 70-an datang placing baekk punya sebelah aku. Aku diam je lah. Then, orang tua tu mula bersuara. Disebabkan aku yang kurang fasih berloghat Terengganu, I don't understengg sepatah haremm..Bukan aku gedik-gedik ayam tak faham. Tapi memang aku susah sikit nak faham. Especially, kalau bercakap dalam fon or orang tua yang cakap dengan aku. Lontaran suara kurang jelas mungkin..gittew..Then,apa yang aku dapat tangkap adalah..

"Mati..mati..mati..kita semua nanti mati jugok satu hari..anok mude la nii...
...krong kreng krong kreng....." 

Aku tak dapat tangkap dah lepas tu. Lima minit pertama aku layan je la. Orang berumur kan. Kita tak tahu dia sihat tak. Tapi aku tak dapat nak menyampuk untuk jadikan 2 way conversation sebab dia cakap laju gila dan kuat gila baq ang ! Aku mampu balas dengan senyum je. After 5 minutes, makin kuat pula dia ceramah aku. Orang duk pandang-pandang. Aku senyum lagi. But, mata dah padang buku.
Aduhh..maaf pakcik. Saya bukan taknak layan. Tapi tak mampu nak mencelah. Berulang kali dia sebut pasal pasal mati dan diselang-selikan dengan selawat ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. Dia siap tanya aku pasal nabi. Part ni aku sempat mencelah. Aku jawab je la apa yang aku tahu.
Pastu, lagi banyak dia 'beta'. Lagi banyak keluar hujah-hujah yang aku tak faham. Lama-lama aku diam membatu. Dia pun berlalu pergi sambil mulut masih terkumat-kamit. Aku percaya dia sihat. Tapi entahlah..Apa aku perlu rasa? Takut didatangi seorang yang begitu? Atau bersyukur datangnya seorang yang mengingatkan aku tentang MATI?


Tuesday 22 January 2013

....

Muncul kau bawa sinar.
Membara seluruh pelusuk hati.
Memberi juta-juta makna.
Aku lemas dalam pelukan takdir.
Kenapa dia tidak bisa menemukan kita?
Apa kau merasa begitu?
Pergi kau meranggut kebahagiaan. 
Meninggal aksara-aksara usang.
Bikin aku bingung.
Mata berpinar.
Temu jalan mati.

Rain

An umbrella.
Worn out jeans.
Black jersey. 
Simple cardigan.
And wet.
Climb to my knees.
To find.
To discover.
They want a new spot.
Every drop. Thousand says.
Now,
Sun is there.
Come out and bring new hope.
For us today.

*tumblr*

Sembuh

Satu saat dulu, 
jiwa, rasa-rasa,
terbungkam kerna pahit jelik takdir kita.
Berlalu pergi,
membawa sekali harapan-harapan senja.

Ayuh bangkit !
Bisik aku pada cermin.
Berlumurkan terang cahaya-cahaya.
Mungkin dibawa malaikat.
Bersama mencari bahagia. 
Yang indah-indah.
Mengumpul pahala-pahala percuma.
Lebih mudah dari bergenang air mata.
Sama-sama kita sembuh semula.



Monday 21 January 2013

Menunggu satu setengah

Menunggu satu setengah.
Aku mendengar bait-bait lirik Frank Sinatra.
Lalu terbayang saat kita berlari ke bulan.
Melodi bersama bintang-bintang.
Kita teroka semua lebuhraya.
Kita berdayung di sungai fantasi.
Kau buat aku terasa muda.
Kesal aku cuma sekuman.
Terlalu sikit untuk diugkit.
Mari terbang bersama aku.
Kenangan-kenangan lalu. :)


#np Fly Me to The Moon
#np I Won't Dance
#np Moon River
#np Come Fly With Me


Minggu-minggu.

Seminggu..
Tiada panggilan.
Tiada pesanan ringkas.
Yang aku baca cuma pesanan lepas-lepas.

Dua minggu..
Masih membaca.
Giat menunggu.
Dalam diam.
Bingit keliru.
Pekik yang bodoh.
Bodoh menanti.
Yang hilang.
Yang lepas.
Yang sudah tiada sayang.

Tiga minggu..
Sedia melepas.
Pergi kau jahanam dengan janji-janji dulu.
Pergi kau menari bersama luka-luka aku.
Dendam aku tiada.
Carut aku sudah mata kata.
Yang sudah dibiar berlalu.
Yang kosong ini biar diisi dengan cinta-cinta baru.


Infiniti

Biar resah aku digigit malam.
Sampai lengai aku menunggu siang.
Kau. Berdiri. Dan senyum.
Buat aku menggigil.
Resah-resah aku berkecamuk.
Amuk aku hilang.
Reda. Lemas dalam senyum.
Infiniti.
Aku cari kamu dalam infiniti.
Mimpi infiniti.
Gelora infiniti.
Senyummu juga infiniti.
Tiada rasa penat.
Tiada rasa kekok.
Otot-otot bekerja.
Membentuk selapis bahagia.
Untuk aku.
Untuk kamu.
Harap aku temu cinta kamu.
Dalam infiniti.


Thursday 17 January 2013

Separa Normal

Minda aku separa normal saat ini.
Jiwa juga sama.
Jiwa jam 6.30 pagi.
Tanpa tidur, tanpa gagal, ini yang aku cipta.
Dibuktikan disini.
Subuh menjelang setengah jam yang lalu.
Aku masih gagal melelap mata.
Memikir satu hal yang lama terbenam dalam jiwa.
Satu hal yang bisa melumpuhkan rasa-rasa lain aku terhadap jiwa-jiwa lain.
Satu hal yang bikin aku buntu.
Satu hal yang sering mengheret aku keluar dari normal.
Dari logika...
6.33 pagi..

Puisi Bundle Part 2


Orang Asing
Menikus konon mencari kebenaran.
Tangan disilang dibelakang.
Gagap biar ungkai segala.
Bisu. Biar laku bodohmu bicara.
Orang asing mewah.
Rakyat sendiri gundah.

Keris Bicara
Tunjukkan belang mana.
Rampas sakti.
Hunus senjata tumpul.
Biar asah kata-kata.
Mati dia terhunus keris bicara.

Bangkit kita untuk asing
Semangat kita siap-siap simpan.
Lipat. Kemas.
Bergerombolan sanjung.
Budaya yang bukan punya kita.
Bangkit kita untuk asing.
Usaha kita untuk asing.
Itu yang kita mahu?


Celaka
Panah tertusuk duri,
Kristal dicucuk kaca.
Naga dibaham tikus.
Tinggi dipandang rendah.
Musuh nampak mesra.
Taktik kotor penuh celaka.

Beradu
Beradu dalam mimpi,
Beradu dalam realiti.
Beradu tenaga.
Menegak nasib.
Biar nampak saja bodoh.
Jangan bodoh benar dibawa mati.

Juang
Sinis-sinis sang pemimpi,
Biar dipimpin melihat resahnya realiti.
Tepis laju dengki-dengki.
Naikkan bendera dengan satu misi.
Raikan semangat dengan satu visi.
Biar buku bertemu ruas.
Biar putih tulang diramas.
Jangan sampai putih mata ditindas.

Kukuh Niat
Rebah kujur kaku.
Putih pucat urat.
Gentar biar berlalu.
Semboyan biar kuat.
Mirip semangat yang satu.
Zahirkan kukuh niat.
Tepis resah kamu.
Menentang jijik kulat.
Buka mata mereka biar mereka tahu.
Berganding kita biar sampai titis darah dikesat.

Teriak
Teriak kuat sampai langit ke tujuh.
Biar gugur resah-resah dunia.
Biar musuh tahu siapa kita.

Gempur
Seka keringat kita.
Patah tulang 4 kerat.
Melaung membangkit semangat.
Juang-juang kita.
Gempur jangan gentar.
Buktikan anak jantan. Lindungi semua.

Puisi Bundle Part 1


Gua malas nak buat post banyak-banyak. So,gua compile dalam satu post. Kira bundle ah..haha.. :)

Bisik Jelik
Dibawa terbang dengan sepintasnya sepasang sayap merah.
Melakar jingga-jingga kelam.
Kelabu-kelabu malap.
Berbisik menghasut jelik dunia.

Menilai
Tidak semua jijik,
Tidak semua buruk.
Menilai dengan mata hati,
Bukan dengan kepala lutut.

Percaya Buta
Lambat-lambat biar aku sapu tangis malam.
Punca-punca kita cari punca rakus dunia.
Yang menelan lakar-lakar indah buana.
Membentuk percaya-percaya buta.

Generasi
Akal ditakuk lama.
Otak tidak diasah.
Baling najis, tangan sorok.
Satu hari lima kotak rokok.
Generasi kita.
Bina pecah. Runtuh suara.

Paksi Percaya
Berlalu melihat satu tafsir.
Gigil-gigil berani mati.
Terungkai atas satu paksi.
Di nama percaya.
Semua itu dalam hati.

Tuesday 15 January 2013

Tadah Hujan Peluru


Cahaya sebalik lohong.
Menagih simpati.
Matanya meminta tangan dihulur.
Merentap dari mimpi-mimpi.

Mimpi menadah hujan peluru buta.
Tidak kira siapa.
Kerna dia buta.
Sekilas tarik dia.
Sekilas ukir senyum.

Sudut hati aku menjerit separuh mati mahu.
Sayangnya belum mampu.
Berimbun doa aku titip bersama sayang.

Saudara jauh.
Indah bersaudara,
pertalian kita agama.
Sedia aku jentera.
Bisa kita tadah peluru bersama.

Luka dan Calar


Cuba kau putar kembali masa yang letakkan diminda.
Hamparkan helaian kanvas putih supaya paparannya jelas.
Mulakan tayangan dengan kali pertama kita bersua.

Berselisih mata.
Lidah beku. Mata senyum. Jantung terhenti.
Esoknya kau mula. Mengambil langkah pertama.
Dan hari-hari berikutnya siang aku bagai disyurga.
Malam tidak lagi sunyi dan kelam.
Sebaliknya penuh warna.
Kerna kamu lelaki yang telah aku pilih dan aku yakin itu.

Tapi,
Sedangkan tsunami yang pertama langsung tiada antara kita serata dunia menduga.
Begitulah ujiannya dalam masa perkenalan kita.
Duri itu datang dari jiwa dengki siapa.
Aku tidak tahu dan tidak mahu meneka.
Menembus terus dari hati ke jiwa.
Bayangkan parahnya.

Sayangnya, hatimu cuma calar.
Hatiku luka parah.
Duri dengki dari insan ketiga.
Menghasilkan parut yang masih basah.
Yang tiapnya aku melihat kau dan dia,
Darah mengalir tanpa henti.
Basah aku dengan darah kecewa.
Hatimu calar. Hatiku luka.

Berhentikan paparan itu.
Cuma untuk mengingatkan kamu semula,
Dulu kau lah lelaki yang pernah menjadi pilihan aku.
Yang pernah..

Saturday 12 January 2013

BUKAN PUISI

ini bukan puisi. kehkehkeh..

Sedar tak sedar dah masuk 24 jam kot aku tahan diri aku untuk melampiaskan nafsu menyusun 
aksara-aksara busuk aku dekat twitter menjadi puisi 20 sen...fuhhh..
penat baq ang menahan nafsu bila tangan dah selalu gatai nak meluah apa yang terbuku. 
Nahh..aku tulis ni pun macam nak berpuisi puiihh..
Sedar tak sedar juga, aku tak memalingkan nafsu aku untuk study. 
Malah cari sumber-sumber ilham baru untuk puisi..puiihh lagi sekali.. 
Hangus gitu je kan 24h aku.

Dan salah satu blog yang aku dok skrol-skrol adalah PYANHABIB . 
Banyak puisi yang berunsur patriotisme yang baru bagi aku walaupun dah menetap kat Malaysia 23 tahun tak pernah keluar..kahkah..Aku pun tak tahu siapa dia. Jangan tanya aku banyak. 
Mungkin dia orang terkenal, tapi aku tak kenal. 
So, jangan gelakkan aku lah. Nanti aku kaki kan kau.

Selain itu CHAIRIL ANWAR. Juga penyair.
Diperkenalkan seorang rakan yang lejen baq ang bab menggores kertas melakar rasa-rasa.
Salute bro. #brofist. eh?? Kahkah..
kbaii. :)

Friday 11 January 2013

Berhenti buat aku senyum

Berhenti buat aku senyum.
Aku tahu kau ikhlas.
Tapi tiap perilaku baikmu,
buat separuh jiwa aku pergi dengan kamu.
Ya, tanpa kamu sedar.
Luluh hati aku.

Untuk Dia Bijak Pandai

Perlukah aku menzahirkan segala rasa?
Perlukah aku beritahu tulisan ini tentang kamu?
Perlukah aku tulis 'sajak ini dari hati'?
Perlukah??
Kau sudah pandai menebak.
Kau memang bijak dalam hal-hal membaca jiwa-jiwa.
Jadi, apakah gunanya aku untuk memberi tahu semua yang aku rasa.
Jika kau mampu mengerti setiap aksara yang aku susun?
Ya. setiapnya punya makna.
Kau bijak. Kau ngerti.
Jujur aku kagum.
Jujur ini dari hati yang terdalam.
(tengok. aku kena beritahu juga. Damn!)

.

apa yang perlu aku buat?
hati aku tidak mahu duduk diam !
berlari ke sana. ke sini.
perlukah aku hamparkan landasan landai,
untuk aku berbaring dan menunggu saat dia berhenti buat perangai.
biarlah. biarlah..
biarlah luka lama yang basah kembali,
basah kembali, kering sendiri.
aku sudah tidak mahu ambil tahu.
lelah aku, penat aku, duka aku.
biarlah..

Ini Benar Rasa

Mungkin saat aku tulis ini,
aku sudah bersedia untuk melepaskan satu ruang kelam.
Lepas untuk sebentar cuma.
Atau selama-lamanya.

Tempat aku mencurah rasa.
berkongsi dengan keping-keping hati yang asing.

Mungkin dulu,
bait-bait aksara yang aku susun penuh dengan imaginasi liar.
Yang kerap datang tak kira siang.
tak kira malam.

Mungkin aku seorang yang penakut untuk meluahkan isi hati aku.
berkongsi pengalaman aku.

Namun kini,
aku lebih gemar menconteng apa yang aku rasa.
apa yang aku tahu,
apa yang aku butuh,
apa yang aku alami.
dengan keluarga, dengan teman-teman, dengan si dia, dengan tuhan.

Tapi aku belum berani membicarakan dengan dunia.
kerana aku belum mahir mencari kata ganti 
yang boleh menyamarkan erti dunia yang semakin lama diseliputi noda.

Biarlah bicaranya aku tentang linkungan kehidupan seharian.
Benar..
Benar.. 
Benar..
aku benar dalam berkongsi rasa.

Masakan tidak benar?
 Jika saat ini hati aku berkecamuk menyusun aksara.
Pernah juga suatu ketika,
kerana terlalu memendam luka,
jijik dan hina,
tangis aku tak dapat diseka saat menyusun aksara yang kian pincang.

Dan aku menangis lagi..
Terima kasih tidak terhingga pada yang punya angkara.
Terima kasih.

Thursday 10 January 2013

hari aku tanpa kamu


Kau bertanya tentang hari-hari aku,
Adakah tetap sama seperti dulu.
Aku menjawab penuh ceria,
Ianya sama seperti saat kita masih bersama.

Tapi adakah kau tahu,
Luka aku masih basah,
Masih bernanah dek kata-katamu di akhir mesra kita.
Kau takkan pernah tahu apa perempuan ini rasa.

Setiap hari aku bangkit dengan rasa sebak.
Walau kata-kata jelikmu hanya melintas diminda sedetik cuma.
Tapi pedihnya, aku tebak akan berkesan sampai bila-bila.

Kau fikir aku akan sembuh sendiri?
Kau fikir aku baik-baik tanpa kamu?
Adakah kau merasa yang sama tanpa aku disisi di setiap hari-harimu?

Jadi, inikah pengakhirannya?
Inikah yang terjadi kepada kita?
Aku sepertinya tidak mahu meneka. Aku tidak mahu hilang kamu.
Jika bukan kamu, tidak akan pernah ada orang lain yang memegang erat tapi lembut hati aku.

Cinta yang aku jumpa dalam jiwamu,
Tidak akan pernah aku jumpa dimana-mana,
Sampai nyawa berpisah dari jasad.
Kau tahanlah aku dari terus melangkah pergi.
Aku tidak tahan hidup dalam keperitan tanpa mendengar suaramu.

berpisah


Adakah menjadi lumrah manusia menahan sakitnya berpisah?
Adakah menjadi lumrah manusia menahan pedihnya ditinggal?
Atau hanya aku yang merasa begitu?
kenapa aku? kenapa bukan dia?
Kenapa gundah? Kenapa tidak gembira?

Kau hamparkan aku permaidani dikait dengan janji-janji kosong.
Kau hias aku dengan pakaian dikait dengan aksara cinta.
Kau mandikan aku dengan kata-kata bohong dan dusta.
Sudah puas bermadah bicara, kau pergi tinggalkan jiwa aku yang lara.
Yang sudah berlumut tebal dengan dendam.
Adakah ini lumrah manusia?

Maaf jika..



Maaf jika aku buat kau terluka.
Jujur aku tidak punya niat.
Maaf jika aku buat kau tunggu,
Jujur aku tidak punya niat.
Maaf jika aku buat kau lemas,
Aku tidak tahu kerana aku turut lemas.

Sesat Sekeping Jiwa



Suatu hari aku terjumpa,
Sekeping jiwa yang warna nya merah muda.
Cantik sekali fizikalnya sampai buat aku leka.
Aku letakkan di tempat yang istimewa.
Disebelah rak hati yang masih kosong.

Lalu aku pandang setiap hari.
Siang dan malam.
Hujan dan panas.
Suatu hari jiwa itu berbicara.
Mengeluarkan makna-makna yang buat seluruh buana diam.
Dan berfikir nilai-nilai didalam setiap makna.

Lahirnya dari jiwa itu rasa-rasa.
Membentuk pelangi dari zarah-zarah sekeliling.
Aku terpana untuk kesekian kalinya.
Setiap satu rasa punya tempat di rak hati aku.
Itu buat aku musykil.
Tapi selagi ianya membuah puing-puing gembira,
Selagi itu aku senyum.

Itulah kisah sekeping jiwa yang sesat didalam rimba hati aku yang sudah lama dibiar tanpa nyawa.

jangan pergi


Jangan pergi,
Mohon jangan ditinggal aku sendiri.
Jangan biar aku lemas dalam gelora sepi.
Jujur sakitnya rindu ini tidak terperi.

Kau melangkah laju tidak mampu ku kejar.
Bukan ku tidak mahu, tapi aku tidak mampu.
Jadi siapakah yang bakal mengganti dirimu?

Yang bakal menyeka air mataku,
Yang sanggup pinjamkan bahu,
Yang dodoikan aku dengan ritma puisi seperti sang bayi,
Yang faham peliknya aku,
Yang tidak lari saat semua orang memandang kejinya aku.

Aku mohon perlahankan langkahmu.
Aku campak ego aku untuk mengejarmu.
Aku endahkan lelah aku demi untuk menggapai tangan itu.
Sudah cukup aku tersiksa dengan hilangnya kau satu malam.

Jangan kau tambah deritanya aku,
Atau kau memang sengaja bermain dilohong hati?
Sekadar suka-suka? Tak guna !

Ucapkanlah yang jujur,
Supaya kita tidak lagi hanyut di tenggelam ombak pura-pura,
Supaya mampu untuk aku memberhentikan langkah.
Mengejar sesuatu yang belum pasti hari-hari depannya.

Tuesday 8 January 2013

Warkah untuk Bonda



Bonda wanita paling hebat,
Bonda wanita paling kuat,
Bonda wanita paling sabar,
Bonda wanita paling jelita.
Terima kasih kerana izin aku mewarisi semua itu. (yg ni perasan lebih)

Kau masih ingat,
saat kau mendedangkan aku bermacam lagu, bermacam irama,
Agar anakmu yang banyak laku, tidur walau sekejap Cuma.

Kau masih ingat,
saat kau berjaga malam hanya untuk menarik selimut pada 3 pagi
Agar anakmu yang banyak laku ini tidak diselimuti kesejukan.
Agar membesar sihat, tidak tersungkur dijalan.

Tapi aku akan tetap ingat, bonda juga isteri yang setia.
Menongkat segala rasa, menahan keluhan, menyaka air mata,
 saat menjaga ayahanda yang suatu ketika tidak berupaya.

Saat itu,
Bondalah ibu.
Bondalah ayah.
Bondalah isteri setia.

Warkah buat ayahanda



Aku karang warkah buat ayahanda.
Walau buruk pandang pertama,
dia bisa menghurai segala yang terbuku di hati sang anak
yang amat merindui belai kasih ayahnya.

Terima kasih junjungan untuk kamu.
Terima seribu, sejuta kasih tiada terkira untuk segala keringat yang telah menyembah bumi,
Bagi berpatah tulang 4 kerat membesarkan anakmu.

Sejujurnya aku rindu raut wajahmu,
Walau gelap, itulah yang aku warisi.
Ketika ini, ingin aku congak segala garis kedut,
Mendengar keluh kesahmu hingga kini.

Ingin aku congak ubanmu yang banyaknya tak terperi,
Agar kita tidak sedar masa berlari saat kita menyemai rasa, berkongsi cerita.
Terbukti saat ini jiwa meronta ingin melutut sujud didepanmu,
Meminta kemaafan atas segala khilaf yang telah lama menguji kesabaranmu.

Kini kau buat aku sedar, ayahandalah jejaka paing penyabar.
Melayan karenah degil aku dari kecil sampai dewasa.
Tidak pernah sedikit pun lelah.

Walau pernah aku dengar kau menangis,
Kerna merasa tidak dapat menunaikan tanggungjawab dengan sempurna.
Saat kau menderita penyakit yang menduga sabar.
Aku hanya mampu bersandar dibalik daun pintu,
Mengetap bibir menahan sedu melihat kamu dari genang ekor mata.

Thursday 3 January 2013

Bob



Ada orang panggil dia awek,
Ada orang panggil dia kak,
Ada orang panggil dia adik,
Ada orang panggil dia sayang,
Ada orang panggil dia Bob.
Lakunya secebis kasar.
Tapi hatinya bak kapas.

P/s: Bob. Satu nama gurauan dari sahabat kerana aku pernah memainkan watak ini dalam drama kolej..haha..

Ketawa dengan teman



Hati terisi dengan gelak tawanya.
Ketawalah lagi.
Aku gemar melihat baris gigimu. Kekuningan.
Baris gusimu. Merah jambu.
Garis-garis kedut bibirmu. Beribu.
Inilah hasil berteman.
Kita buat kelakar. Kita ketawa terbahak-bahak.
Siapa mahu kisah?
Melihat baris bibirmu menyimpul senyum saja,
Sudah membina 1001 taman gembira rasa.

Tutup mata



Penat merenung bulan,
Orang tua itu bancuh kopi.
Ambil akhbar lalu dibaca.
Cerita-cerita duniawi yang agak hambar dilapik lapisan masa.
Dia tutup akhbar lalu di congak bintang.
Terasa muda.
Tapi itu perkara sia-sia.
Sama macam zaman mudanya.
Penat merenung, lalu dipejam matanya erat.
Sekejap sahaja niatnya.
Untuk menafsir buruj apa ada.
Sekejap..
Sekejap..
Sekejap..
Matanya tidak dibuka-buka…

Tutup mata



Penat merenung bulan,
Orang tua itu bancuh kopi.
Ambil akhbar lalu dibaca.
Cerita-cerita duniawi yang agak hambar dilapik lapisan masa.
Dia tutup akhbar lalu di congak bintang.
Terasa muda.
Tapi itu perkara sia-sia.
Sama macam zaman mudanya.
Penat merenung, lalu dipejam matanya erat.
Sekejap sahaja niatnya.
Untuk menafsir buruj apa ada.
Sekejap..
Sekejap..
Sekejap..
Matanya tidak dibuka-buka…

Peneman rohani



Bersandarkan pada tiang lelangit ini,
Dibisikkan di telinga jiwa.
Tirai cinta ini diminta tukar.
Sudah usang.
Alangkan langsir rumah kerap dicuci,
Inikan pula tirai cinta, peneman rohani.

Teka-teki dan tarik tali



Aku suka teka-teki.
Dia buat kita fikir yang begitu dan yang begini.
Ibarat juga kita main tarik tali.
Tapi ku mohon jangan dilepas,
Jika kau tidak mahu aku tersungkur rebah tak bangun dek kerana malu.
Cuma satu cara.
Lepas perlahan.
Biar aku tidak rasa.
Saat itu, aku rela.

Tuesday 1 January 2013

ibu

aku rindu cabut uban ibu.
tapi setiap kalinya dia menyuruh,
tangan, kaki, segala organ dalaman ibarat tidak rela.

tapi itu dulu.

kini aku sudah dewasa.
untuk ibu, aku tinggal sikap biadap dalam jamban.
sikap tak endah dalam longkang.
sikap acuh tak acuh dalam perigi buta.

untuk ibu, cuma senyum dan aku pinjamkan telinga.
dengar setiap nada katanya.

itu aku rindu.

Bicara kurang santun


Bodohlah jika kau pilih dia.
Tutur bicaranya saja kurang santun.
Ini mahu dijadikan bakal menantu mamamu?
Fikirlah sampai buat kau bosan.

Doa buat teman


Ini musim peperiksaan akhir.
Status memohon ampun maaf bersepah di facebook.
Aku juga tidak terlepas meraikannya.
Tetapi cukup dengan titipan pesanan peribadi buat teman-teman tecinta.
Doaku sentiasa disampingmu teman.

kisah tukang jahit tidak bergaji


Dia bukan jenis penjaga tepi kain orang,
Seperti rakan-rakan lain yang agak taksub dengan profesion tidak bergaji itu.

Dia seorang tukang jahit.
Tetapi juga tidak bergaji.
Menyulam rasa, menjahit luka, memintal kata.
Tapi dia tetap gembira seadanya.

Kenalan misteri


Perempuan ini kekasihnya sunyi,
Sahabatnya sepi,
Temannya sendiri,
Rakannya tuli,
Kenalannya misteri.

Nak muntah!


Ramai benar anak-anak muda remaja hingusan berpacaran.
Gambar sang lelaki dan perempuan,
Rapatnya kemain!

Tangan melingkar dicelah bahu, pipi bergesel pipi.
Apa tidak malu?
Kamu bukan muhrim.

Saat kau baca ini jangan fikir aku cemburu,
Tetapi lebih kepada jemu, muak, mual.
Aksi mengalahkan mak ayah diumah.

Luahan untuk asing


Diatas kertas putih inilah,
Ku luah apa yang terbuku,
Yang mana tidak layak dikongsi besama teman, rakan, sahabat,
Tetapi dengan orang asing.