Saturday 15 June 2013

Post sampah mengenai abang Suzan yang sampah juga.

Semalam uncle Liew semput. Hampir saja dikejarkan ke hospital. Dia menolak pelawaan aku mentah-mentah untuk hantar dia ke hospital. Dia kata tak payah susah-susah. Dia sihat lagi. Jangan nak memandai-mandai. Bercakap dengan nafas tercungap-cungap dan mata menjeling aku. Darah teruna aku seakan menggelegak menahan marah dengan sikap orang tua ini. Namun kerana hormat, aku sabar. Dengan muka kelat, aku ke serambi rumah uncle Liew dan...ya, anak muda biasa, merokok lah..apa lagi. Anak dara uncle Liew, juga merokok sama. Namanya Suzan. Sambil melentokkan kepala ke bahu kiri aku, Suzan bersuara.

"He's never told me about my brother." kata Suzan tiba-tiba.
"Kau ada abang? Kenapa aku tak pernah kenal?" Soal aku.
"Yes. Dia sulah lama tinggal ituuu sana..aiyaa...Brisbane. Ikut boss dia dulu olang putih, pelempuan minah saleh." Jawab Suzan dengan slang cina yang nokharom teruk.
"Kau tak pernah jumpa dia?" Soal aku lagi yang bertambah busybody.
"No lah. It's almost 20 years. He's never comeback." Jawab Suzan acuh tak acuh.

Patutlah minah ni tak pernah jumpa abang dia. Suzan baru berusia 16 tahun sudah biasa merokok dan berpakwe-kan seorang mat rempit kampung sebelah.

"Suzannnnn!!!!!"

Kedengaran satu jeritan sayu dari auntie Sue, bini uncle Liew. Oh, uncle Liew baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dipeluk erat foto zaman kanak-kanak abangnya Suzan. Terdapat lelehan saki baki air mata terakhir uncle Liew di pipi kanannya. Itu mungkin rindu yang terubat atau mungkin tidak. Itu mungkin hasilnya sebuah penantian satu panggilan telefon atau mungkin tidak.

Hingga kini, abang Suzan masih belum pulang. Khabar angin mengatakan, dia telah menjadi Drag Queen yang berjaya di Bangkok. Entah betul, entah tidak.
Maka, sayangilah ayahanda anda sementara beliau masih ada.

Sekian...Selamat hari bapa.

p/s: Ayah, bank in duit belanja please.

*Aku tak boleh tidur malam lately. Tu yang mengarut. Oh, abaikan sampah ini.*

Tuesday 4 June 2013

Kurang dari 14 hari.

Kita sudah tidak banyak masa !
Mari peluk erat-erat.
Biar rapat sampai tulang rusuk berlaga kiri kanan.
Sampai terhasil parut luka pada bahu yang kita genggam.
Supaya ini yang akan di ingat sampai mati.
Detik pertemuan kita yang bakal diragut kurang dari 14 hari.
Sedu sedan ini,
gelak tawa ini,
esak tangis ini,
muka jelik ini,
pekik lolong ini,
ingat sampai mati.
Kawan juga sampai mati.

Sunday 2 June 2013

Kematian

Semalam aku berselisih dengan kematian. Dia katakan, "Hai, kau bersedia?" Aku musykil dengan pertanyaan yang agak meremangkan bulu tengkuk. Jawapan aku mestilah belum. Tapi kenapa aku perlu berselisih dengan kematian? Kematian cuba mendekatkan badannya pada aku. Mendepakan tangan, dan aku melangkah tiga langkah ke belakang dengan pantas. "Jangan ! Kita bukan muhrim." Tegas aku. Kematian memandang ke atas dengan muka paling konfius. Aku cuba menarik nafas lega. Tapi semakin lama, semakin kencang degupan jantung yang aku rasakan. "Kenapa aku berdebar? Kau tak lah hensem mana? Tapi, kenapa aku berdebar ni?" Tanya aku penuh cemas kepada kematian. Kematian merenung mata aku seperti sedang merenung anak kecil. Dia senyum. Jelas lesung pipitnya di pipi kiri. " Aku tak tahu. Aku cuma mahu kau. Sudi atau tidak, aku mahu kau." Kematian mendepakan tangannya dan terus merangkul tubuh kecil molek aku dan dalam sekelip mata aku hilang dalam satu kegelapan yang lebih legap dari perigi buta di tengah malam. Sekarang aku disisi kematian. Dia rangkul aku erat. Makin lama makin erat dan makin ketat. Air mata kematian gugur. Begitu juga aku...Maaf Encik Syukri. Hari ni saya tak sempat masuk kerja. Juga hari-hari mendatang. Maaf ya.

Saturday 1 June 2013

Perasaan ini aku kuburkan. Pt. 2.

Aku tidak terlalu bodoh untuk mengelar tangan disebabkan rindu.
Tapi, tampak paling bodoh kalau aku terus merindu sosok yang tak pernah wujud dalam hidup aku.
Masih lagi aku sedang mengambus tanah pada perasaan yang aku kuburkan semalam.
Hujan lebat. Kerja jadi payah. Makan masa.

Haha...bodohnya yang ini. -__-