Monday, 18 February 2013

Daya

Walau berdiri aku rasa mati,
walau menari aku rasa mati,
lalu menangis pun aku rasa mati.
Semangat aku sepertinya sudah ditari,
direntap oleh satu daya yang kuat.
Seluruh organ aku ibarat berderai.
Seluruh jasad aku ibarat lunyai.
Seperti roh sudah terbang pergi meninggalkan jasad.
Terpinga-pinga dalam mencari sendiri daya,
yang punya segala jawapan.

4 comments:

  1. Dan teruskan perjalanan mencari Tuhanmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pernah lupa. terima kasih..

      Delete
  2. moga kau jumpa kekuatan kau kembali dan jangan biar emosi memakan separuh diri kau.sedar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku cuba mengawal emosi. terima kasih..

      Delete