Wednesday 13 March 2013

cerita saja

"Ibu, ayah. Saya tak minat dengan apa yang saya belajar sekarang. Saya nak berhenti. Saya nak buat apa yang perlu. Saya nak cari duit dengan menjaja minat saya."

Kalau lah ini yang aku luahkan, agak-agak meletus tak perang dunia paling besar dalam sejarah?
10 weeks ahead for my Final Presentation of my Final Year Project.
Tapi aku macam tak tahu apa-apa yang aku kerjakan untuk 2 semester ni.
Aku macam tak dapat hadam apa yang lecturer duk gebang cerita kat bilik kuliah selama 6 semester.

Semester pertama: "Jurusan apa ni?"
Semester kedua: "Aku tak minat jurusan ni."
Semester ketiga: "Tak apa. Minat boleh dipupuk. Belajar dulu."
Semester keempat: "Kenapa tak datang lagi minat aku? Belajar je lah."
Semester kelima: "Masih ikut arus. Tapi tak tahu apa-apa. Biarlah. 2 sem lagi."
Semester keenam: "Apa aku buat 5 semester dulu? Tidur? Celaka!"

Orang kata "Shit happens." Tapi aku tak bolehlah nak samakan ritual menimba ilmu dengan 'shit'.
Merujuk kepada ayat pertama aku selepas dialog kat atas. 'Kalaulah'. Berhantu. Kalau aku mampu cakap benda yang sama awal-awal dulu, mungkin boleh lagi diterima dek akal. At least, aku boleh tukar jurusan dalam universiti yang sama. Atau masuk UiTM amek jurusan lain. Walaupun harus mengorbankan hangus satu semester pertama.

Cakap/taip memang lah senang kan. Tapi, aku tak pernah nak cuba. Aku cuma fikir 'fast track'. Matrikulasi tu 'fast track'. So, aku tak boleh lari dari trek. Follow the rule and you'll find the future.
FUTURE. Bukan sekadar kabur, legap aku tak mampu nampak.
Tinggal lagi separuh semester sebelum graduasi dan masih 'bencinta' dengan Final Year Project'.

"hey,takkan pernah terlambat kalau nak lari dari apa yang kau tak minat."

Memang lah takkan pernah terlambat. Tapi, consider lah sikit hati budi ibu ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dia ni.
Untuk semester lepas, pointer aku Alhamdulillah walaupun tak dekan tapi aku rasa kegembiraan ibu bila aku cerita pasal pointer aku. So, 10 minggu bukan lah masa yang panjang. Aku sebenarnya dah lambat gila.
Nak habiskan ini semua. Lepas tu, berusaha, berdoa, tawakkal. Sokongan anda amat dihargai. *iklan*

8 comments:

  1. Sabar, sayang. Aku doakan kau dapat realisasikan impian kau.

    ReplyDelete
  2. Cakap dengan parents baik-baik. I did the same thing, and my mum understand. Nanie pun ingat nak tukar course lain for degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikkss..tinggal 10 minggu awok..nk sambung master pun rasa tak minat.

      Delete
  3. kalau belum rasa berminat, maybe Hana boleh cari kerja dulu. or buat something beneficial yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..kalau boleh after grad terus kerja. Any kerjalah walaupun tak berkaitan kelayakan..haha..

      Delete