Thursday, 30 May 2013

Perasaan ini aku kuburkan.

Kita takkan pernah kalah untuk berpaling muka.
Walau mata sudah bertentang mata,
tembok khayalan muncul tiba-tiba.
Walau dalam mimpi kita bersua,
takkan pernah betah untuk bicara.
Sepatah pun berat untuk kita ungkap,
apatah lagi bergurau senda.

Perasaan ini aku kuburkan,
kerana ianya cuma sia-sia,
pembaziran paling besar pernah aku tanggung,
untuk kehidupan yang sederhana.

R.I.P.
Mari move on.

gambar ehsan Tumblr

4 comments:

  1. nak komen ape ye,rasa mcm sedih je.sabar ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takdelah sedih sangat.. :)

      Delete
  2. Pengalaman mengajar kau.
    Sebelum apa-apa jadi, kau kena belajar untuk ubati diri sendiri

    ReplyDelete