Kau bertanya tentang hari-hari aku,
Adakah tetap sama seperti dulu.
Aku menjawab penuh ceria,
Ianya sama seperti saat kita masih bersama.
Tapi adakah kau tahu,
Luka aku masih basah,
Masih bernanah dek kata-katamu di akhir mesra kita.
Kau takkan pernah tahu apa perempuan ini rasa.
Setiap hari aku bangkit dengan rasa sebak.
Walau kata-kata jelikmu hanya melintas diminda sedetik cuma.
Tapi pedihnya, aku tebak akan berkesan sampai bila-bila.
Kau fikir aku akan sembuh sendiri?
Kau fikir aku baik-baik tanpa kamu?
Adakah kau merasa yang sama tanpa aku disisi di setiap
hari-harimu?
Jadi, inikah pengakhirannya?
Inikah yang terjadi kepada kita?
Aku sepertinya tidak mahu meneka. Aku tidak mahu hilang kamu.
Jika bukan kamu, tidak akan pernah ada orang lain yang
memegang erat tapi lembut hati aku.
Cinta yang aku jumpa dalam jiwamu,
Tidak akan pernah aku jumpa dimana-mana,
Sampai nyawa berpisah dari jasad.
Kau tahanlah aku dari terus melangkah pergi.
Aku tidak tahan hidup dalam keperitan tanpa mendengar
suaramu.
No comments:
Post a Comment