Tuesday, 1 January 2013

Untuk sang crush


Setiapnya ku tenung rambutmu,
Aku senyum, cukup bahagia buat aku.

Iya, rambutmu,
Kerna aku belum cukup gagah untuk merenung bola mata itu.
Setiap kali hari ujian,
Kau bersama rakan-rakan berdiri di satu sudut.

Tapi cuma kau yang aku nampak.
Bersandar ditiang. Memegang nota kecil.
Mengulangkaji pelajaran untuk ujian gamaknya.

Aku curi pandang kau dari ekor mata kala aku dan rakan-rakan bergosip.
Iya, bergosip. Bukan mengulangkaji macam kau dan rakan-rakan.

Susuk tubuh itulah yang aku amati,
Buat satu semester saja lagi.
Aku harap kau benarkan.

Sama ada kau berpunya atau tidak,
Aku tidak tahu, dan tidak mahu ambil tahu.
Kerna itu bukan urusanku.
Tujuanku bukan untuk menggodamu.

Cukup setakat mengamati cara pemakaianmu, rambutmu.
Cukup buatku senyum. J


No comments:

Post a Comment