Tuesday, 1 January 2013

Rasa indah


Satu rasa indah,
Tepuk-tepuk dada,
Bangkit lihat dunia.

Satu rasa indah itu,
Tiup-tiup pipi,
Pandang kiri kanan,
Semua sepi.

Satu rasa indah,
Urut hujung kening,
Ku diam, tidak mahu kau hilang,
Teruskan belaian,
Aku jelling,
Kau tetap ada,
Aku senyum,
Kau senyum semula,
Aku bisik,
Kau diam,
Aku buka mata,
Kau hilang.

Satu rasa indah,
Datanglah semula,
Teman aku dalam dunia pancaroba,
Tidak tenang tanpa lirik senyum, bisik puisimu,
Biar lemas dalam bisik katamu.

Aku enak, aku puas,
Kau rasa indah itu.

No comments:

Post a Comment