Tuesday 1 January 2013

Tetap belum sedia..


Ini terakhir kalinya kita bersua,
Kata angin pada sang rumpai.

Ini terakhir kalinya kita bermesra,
Kata air pada helai daun keladi.

Ini terakhir kalinya kita bercengkerama,
Kata aur pada tebing.

Ini terakhir kalinya kita bermain,
Bergurau senda,
Beramah mesra,
Bertepuk tampar,
Berpeluk erat,
Tidak mahu lepas,
Kata sahabat kepada sahabat.

Aku ingin kau di bola mataku,
Setiap saat, setiap detik jam, setiap denyut nadi,
Setiap kali unggas bernyanyi.

Ini kita, belum bersedia,
Melepas genggaman erat, pelukan padu,
Aku rasa hangat nafasmu, setiap denyut nadimu,
Setiap alir darahmu, setiap rasa gelisahmu,
Kita takkan pernah bersedia.

Percayalah,
Sampai suatu masa,
Kau ke timur, aku ke barat, tetap belum sedia.

No comments:

Post a Comment