Thursday 17 January 2013

Puisi Bundle Part 2


Orang Asing
Menikus konon mencari kebenaran.
Tangan disilang dibelakang.
Gagap biar ungkai segala.
Bisu. Biar laku bodohmu bicara.
Orang asing mewah.
Rakyat sendiri gundah.

Keris Bicara
Tunjukkan belang mana.
Rampas sakti.
Hunus senjata tumpul.
Biar asah kata-kata.
Mati dia terhunus keris bicara.

Bangkit kita untuk asing
Semangat kita siap-siap simpan.
Lipat. Kemas.
Bergerombolan sanjung.
Budaya yang bukan punya kita.
Bangkit kita untuk asing.
Usaha kita untuk asing.
Itu yang kita mahu?


Celaka
Panah tertusuk duri,
Kristal dicucuk kaca.
Naga dibaham tikus.
Tinggi dipandang rendah.
Musuh nampak mesra.
Taktik kotor penuh celaka.

Beradu
Beradu dalam mimpi,
Beradu dalam realiti.
Beradu tenaga.
Menegak nasib.
Biar nampak saja bodoh.
Jangan bodoh benar dibawa mati.

Juang
Sinis-sinis sang pemimpi,
Biar dipimpin melihat resahnya realiti.
Tepis laju dengki-dengki.
Naikkan bendera dengan satu misi.
Raikan semangat dengan satu visi.
Biar buku bertemu ruas.
Biar putih tulang diramas.
Jangan sampai putih mata ditindas.

Kukuh Niat
Rebah kujur kaku.
Putih pucat urat.
Gentar biar berlalu.
Semboyan biar kuat.
Mirip semangat yang satu.
Zahirkan kukuh niat.
Tepis resah kamu.
Menentang jijik kulat.
Buka mata mereka biar mereka tahu.
Berganding kita biar sampai titis darah dikesat.

Teriak
Teriak kuat sampai langit ke tujuh.
Biar gugur resah-resah dunia.
Biar musuh tahu siapa kita.

Gempur
Seka keringat kita.
Patah tulang 4 kerat.
Melaung membangkit semangat.
Juang-juang kita.
Gempur jangan gentar.
Buktikan anak jantan. Lindungi semua.

No comments:

Post a Comment