Tuesday 15 January 2013

Luka dan Calar


Cuba kau putar kembali masa yang letakkan diminda.
Hamparkan helaian kanvas putih supaya paparannya jelas.
Mulakan tayangan dengan kali pertama kita bersua.

Berselisih mata.
Lidah beku. Mata senyum. Jantung terhenti.
Esoknya kau mula. Mengambil langkah pertama.
Dan hari-hari berikutnya siang aku bagai disyurga.
Malam tidak lagi sunyi dan kelam.
Sebaliknya penuh warna.
Kerna kamu lelaki yang telah aku pilih dan aku yakin itu.

Tapi,
Sedangkan tsunami yang pertama langsung tiada antara kita serata dunia menduga.
Begitulah ujiannya dalam masa perkenalan kita.
Duri itu datang dari jiwa dengki siapa.
Aku tidak tahu dan tidak mahu meneka.
Menembus terus dari hati ke jiwa.
Bayangkan parahnya.

Sayangnya, hatimu cuma calar.
Hatiku luka parah.
Duri dengki dari insan ketiga.
Menghasilkan parut yang masih basah.
Yang tiapnya aku melihat kau dan dia,
Darah mengalir tanpa henti.
Basah aku dengan darah kecewa.
Hatimu calar. Hatiku luka.

Berhentikan paparan itu.
Cuma untuk mengingatkan kamu semula,
Dulu kau lah lelaki yang pernah menjadi pilihan aku.
Yang pernah..

No comments:

Post a Comment